,
Laman Utama

Juang Papar Kisah Pengorbanan & Semangat Memerangi Covid-19, Idea Inspirasi 5 Pengarah Diangkat Dalam Malaysia Book of Records

Shahrin Zulkifle
24/08/2022
04:00 MYT
Sebuah filem yang mengisahkan suasana pandemik dan cuba mengangkat keadaan sebenar yang cukup payah dilalui seluruh rakyat Malaysia, Juang bakal menemui penonton di seluruh pawagam bermula 8 September depan.
Juang dilahirkan dari isi hati dan perspektif lima sutradara prolifik negara iaitu Aziz M Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia serta Osman Ali sebagai penghormatan dan apresiasi yang tiada galang ganti kepada para barisan hadapan negara di Malaysia.
Idea dan kritisnya pandangan mereka mengenai sejarah penuh duka saat Covid 19 ‘membadai’ dunia dan negara kemudian direalisasikan hasil kolaborasi oleh Founder dan Lead Director, Matt Lai dari Asia Tropical Films Sdn. Bhd. dan Jack Lim dari The Film Engine selaku Penerbit Eksekutif.

Juang Diiktiraf Malaysia Book Of Records, Cipta Rekod Karyawan Paling Ramai

Lebih membanggakan lagi Juang telah mencipta rekod apabila diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Most Movie Casts In A Feature Film (Filem Dengan Karyawan Seni Paling Ramai) dengan pembabitan lebih 500 pemain industri hiburan tempatan.
Menurut salah seorang penerbit, Matt Lai berkata dia berbangga apabila Juang telah diangkat sebagai sebuah nashkah yang hebat dan berjaya disenaraikan dalam MBR.
“Kolaborasi antara Asia Tropical Films Sdn Bhd bersama The Engine Sdn. Bhd. ini berjaya menerima pengiktirafan dari MBR apabila produksi ini membabitkan 335 pelakon dengan 100 adalah aktor dan aktres utama manakala 235 dijayakan bersama pelakon tambahan.
“Lima pengarah hebat dibantu 165 tenaga di sebalik tabir yang cukup komited juga telah menjadikan Juang sebagai sebuah naskhah yang meninggalkan sejarah tersendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan gala Juang bertempat di pusat membeli belah Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Juang dibarisi aktor dan aktres handalan berbilang kaum seperti Zul Ariffin, Zizan Razak, Janna Nick, Izzue Islam, Sangeeta, Chew Kin Wah, Angelin Tan, Steve Yap serta penampilan Allahyarham Adibah Noor.
Sementara itu, menurut penerbitnya, Jack Lim berkata, Juang bakal mengingatkan penonton tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh pasukan barisan hadapan dalam mengawal keselamatan negara saat badai Covid-19 melanda.
“Saya menyifatkan Juang ditayangkan pada waktu yang tepat untuk memberikan momen peribadi atau mengenang semula perjuangan, keperitan, kesedihan atau sejarah yang telah merubah dunia secara am dan kehidupan setiap daripada kita berbanding dahulu.
“Di dalam Juang, kita misalnya punya kisah tentang bagaimana seseorang kehilangan pekerjaan dalam sekelip mata, keluarga berantakan dan paling penting adalah pengorbanan besar yang telah dilakukan setiap individu yang kita gelar mereka sebagai adiwira iaitu para frontliners,” ujarnya.

Pelancaran NFT Tema Juang Sebagai NFT Filem Amal Yang Pertama Di Malaysia

Sementara itu, syarikat media digital WebTVAsia yang juga penerbit eksekutif bersama mengumumkan keluaran khas NFT (Non-Fungible Token) filem amal (charity film NFT) yang pertama dalam industri filem Malaysia.
Sebanyak 450 NFT edisi eksklusif reka bentuk unik NFT pelakon Juang termasuk Zizan Razak, Zul Ariffin, Janna Nick, Jack Lim, Sangeeta Krishnasamy dan Haoren sudah mula dijual kepada awam.
Kesemua kutipan akan didermakan kepada pertubuhan amal “Thrive Well” dan “The Hope Branch.

Dana Khas Buat Allahyarham Adibah Noor

Dalam pada itu, untuk memperingati jasa serta pembabitan Allahyarham Adibah Noor di dalam Juang, satu rekabentuk unik NFT edisi eksklusif buat Allahyarham akan dilelong semasa Malam Gala Karpet Merah Juang. Hasil sumbangan disalurkan kepada keluarga Allahyarham.

OST Juang oleh dua penyanyi wanita hebat

Filem ini diperkuat dengan lagu tema Wira Hatiku dendangan Datuk Sheila Majid bersama iringan muzik terbaik dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).
Turut menambahkan keistimewaan Juang apabila pesohor nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza terlibat mendendangkan lagu tema berjudul Sama Sama.
Sinopsis:
Juang bakal mengangkat kisah perih getir para pemain barisan hadapan atau frontliners termasuk polis, doktor, jururawat, tentera serta penghantar makanan dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin.
Saksikan Juang di pawagam seluruh negara bermula 8 September, para peJUANG menanti anda!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Don Dukun Paling Laris! Raih Kutipan RM3 Juta Selepas 6 Hari Tayangan

gempak
06/11/2024
07:25 MYT
Filem komedi seram, Don Dukun, terus menambat hati penonton dan sekali gus menerima kutipan RM3 juta di pawagam dalam tempoh 6 hari tayangan.
Filem

Watak Kelakar Dalam Don Dukun Menjadi, Zul Ariffin Tak Mahu Tumpu Satu Genre Saja - “Semua Genre Saya Boleh Buat”

gempak
06/11/2024
04:55 MYT
Aktor Zul Ariffin memaklumkan ada beberapa pihak sudah mula mengintainya untuk program hiburan lawak selepas membintangi filem komedi seram, Don Dukun.
Filem

Don Dukun Kutip RM 2.1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
03/11/2024
06:00 MYT
Filem seram komedi Don Dukun berjaya meraih kutipan sebanyak RM 2.1 juta selepas tiga hari tayangannya di pawagam.
Filem

‘Bromance’ Yang Berjaya! Gandingan Zul Ariffin Dan Ropie Dalam Don Dukun Ketengahkan Filem Komedi Seram Bersifat Keluarga

gempak
02/11/2024
07:50 MYT
Penerbit Gayatri Su-lin Pillai menyifatkan filem terbitannya iaitu Don Dukun adalah filem komedi seram yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga.
Filem

Don Dukun Kutip RM1 Juta Hari Pertama Tayangan

gempak
01/11/2024
05:47 MYT
Filem seram komedi Don Dukun membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan sebanyak RM1 juta selepas sehari ditayangkan.
Unitar