Juara Dewi Remaja 2023, Nurel Bahrin berkongsi perancangannya untuk bertahan dalam industri hiburan tanah air.

Menurut Nurel, dia lebih memilih untuk berusaha mencari peluang berbanding berdiam diri dan menunggu perkara itu sampai kepadanya.

BERITA TRENDING: Aiman Amer & Nurel Bahrin Dinobatkan Sebagai Hero Dewi Remaja 2023

“Kita jangan tunggu benda datang, kita cari benda tu, so mungkin orang sebelum ni yang ‘sendu’ tidak mencari, tetapi menunggu.

“Kalau kita nak bertahan dalam bidang ni, lebih baik kita berusaha dan jangan banyak menunggu,” katanya kepada Gempak.

Nurel ditemui di CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur selepas siaran langsung pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023.

Sekadar info, Nurel telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 beserta sebuah trofi selepas dinobatkan juara Dewi Remaja 2023.

Pencarian Dewi Remaja yang memasuki edisi ke-13 ini telah dianjurkan oleh syarikat media, Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro dan menampilkan Scha Alyahya selaku hos Mentor sepanjang lapan episod.