Selepas 10 minggu bertanding dalam program #JuaraParodi, kumpulan Abang Face yang dianggotai oleh Shuk SYJ, Joey dan Sam Bunkface mendominasi carta keseluruhan #JuaraParodi.

Mempersembahkan lagu Balqis nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza, Abang Face berjaya memparodikan lagu etnik kreatif tersebut ke dalam rentak disco.

Berada di kedudukan kedua, kumpulan Kobis Pedas pula mempersembahkan parodi lagu Terukir Di Bintang nyanyian asal Yuna dalam versi rock.

Kumpulan Slumber Blur, Righthanded, Black Dot Chey, Mawi & The Loyar dan Juri pula mengekori rapat kumpulan Abang Face dan Kobis Pedas.

Tujuh kumpulan yang berada di kedudukan teratas berjaya menempatkan diri ke peringkat separuh akhir yang bakal berlangsung pada 15 Januari ini.

Tiga kumpulan yang berada di kedudukan terendah iaitu Cuba Teka, Skru dan Senaman pula tersingkir dan menamatkan perjalanan mereka selepas 10 minggu.

Anda berpuas hati dengan kedudukan ini? Jika tidak, anda mampu mengubahnya! Jom undi Carta Digi Online #JuaraParodi untuk memilih peserta kegemaran anda!

Selain diberi peluang untuk memilih peserta kesukaan sendiri, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

Bagi pengguna Digi, anda akan berpeluang untuk memenangi 100GB storan foto dan video percuma untuk app Capture bernilai RM250 dan sepasang tiket eksklusif untuk menonton #JuaraParodi.

Untuk bukan pengguna Digi, anda boleh berpeluang untuk memenangi sepasang tiket eksklusif untuk menonton #JuaraParodi.

Jadi, apa tunggu lagi? Jalankan tanggungjawab anda untuk mengundi peserta kesukaan anda di laman web #JuaraParodi! Pengundi terbanyak bakal memenangi hadiah mingguan menarik. Hanya satu pemenang yang akan dipilih untuk setiap minggu!

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap. #JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

#JuaraParodi disokong oleh Digi. Nikmati sehingga 1.5GB internet daripada RM1 sehari dan pilih satu di antara Digi Prepaid Super Deals!

Pilih antara 1.5GB internet percuma dari 1.00 pagi hingga 7.00 pagi, 500MB percuma untuk melayari Facebook, 500MB percuma untuk melayari YouTube atau 500MB percuma kuota 4G LTE .

Dial *116*1# untuk melanggan atau layari laman web http://new.digi.com.my/cs/Satellite/ecomm_C/services/default/extrainternet untuk informasi lanjut.

Teks Oleh: Kamaruddin Razal