Laman Utama

Juliana Evans Bahagia Lalui Fasa Sebagai Seorang Ibu

gempak
Asraf Aided
21/12/2020
09:15 MYT
Sponsor Banner
Juliana Evans Bahagia Lalui Fasa Sebagai Seorang Ibu
Aktres jelita, Che Puan Juliana Evans akui gembira melalui fasa kehidupan sebagai seorang ibu.
Menurut Juliana, anaknya, Tengku Kamiliah Shariffuddin yang kini berusia 1 tahun 4 bulan semakin aktif dan membuatkannya gembira setiap hari.
"Kamiliah sangat aktif, hari-hari dia tak henti membuat saya kagum dengan apa yang dipelajarinya.
"Lagi-lagi sekarang, dia sudah mula bercakap dan lari sana sini, saya sangat sukakan fasa kehidupan sebagai seorang ibu sekarang ini," kata Juliana kepada Gempak baru-baru ini.
Tambah Juliana, pelbagai perkara yang telah dilalui dalam kehidupannya membuatkan dia kini menjadi seorang insan yang lebih berbeza.
"Saya dah banyak lalui macam-macam sejak zaman awal kemunculan saya dahulu, tentunya saya sudah berbeza sekarang.
"Saya sudah bergelar ibu dan bahagia dengan perkahwinan dan anak saya, pada masa yang sama kerjaya saya juga berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah, semuanya teratur dengan baik dan saya tidak terkejar-kejar berbanding zaman bujang saya dahulu," katanya lagi.
Terdahulu, Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin pada April, 2017.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang dilahirkan pada Julai 2019.
Kredit Foto : Instagram Juliana Evans
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live