Seorang wanita berkongsi momennya bertemu pemain bola sepak negara Akhyar Rashid di dalam penerbangan pulang ke Johor Bahru baru-baru ini.

Menerusi laman sosial TikTok, wanita yang dikenali sebagai Lea ini merakamkan detik pertemuannya sewaktu berada di dalam penerbangan di mana dia duduk di belakang kerusi pemain tersebut.


@clumsydaisy1o1

oof bukan selalu ##akhyarrashid ##foryoupage ##myfoodie

♬ Never Forget You - Noisettes

Lebih istimewa lagi apabila Akhyar turut memberikan makanan kepada wanita terbabit sewaktu berada di dalam penerbangan.

Sementara itu di ruangan komen, video ini telah mendapat perhatian ramai gadis apabila rata-ratanya cemburu melihat pertemuan tersebut.

“Pleasee! Saya dulu pernah satu flight dengan player JDT, tu pun dah best,” komen seorang penguna.

Tak aci aku nak jugak,” tulis seorang pengguna.

Dia siap bagi makanan. Argh merajuk,” kata seorang pengguna.

“Weyhhh dah la, nak nangis tepi bucu katil,” ujar seorang pengguna.

Best kan jumpa dia. Dia baik kan? I mean dia tak sombong. Saya pun pernah gak jumpa dia kat JPO,” komen seorang pengguna.

Kalau aku, aku simpan bekas plastik makanan yang dia kasi tu,” usik seorang pengguna lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 550,000 tontonan daripada warga TikTok.

Pada Khamis lalu, skuad Harimau Malaya selamat tiba di tanah air selepas hampir sebulan 'berkampung' di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi tiga aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.