Skip to main content

Hiburan

Ada Sebab Shahir Kurang Aktif Dalam Sosial Media - “Mungkin Saya Ini Bukan Seorang Yang…”

Shahir

Sekilas

  • Shahir Zawawi mengaku kurang aktif di media sosial seperti Instagram, TikTok, dan Facebook.
  • Platform media sosialnya lebih fokus untuk berkongsi tentang perniagaan dan kerjaya seni sahaja.
  • Shahir juga menyatakan dia bukan seorang yang multitask dan lebih selesa menggunakan satu telefon untuk urusan peribadi dan bisnes.
Advertisement

Penyanyi Shahir Zawawi mengakui dia kurang aktif dalam menggunakan platform media sosial seperti Instagram, TikTok dan Facebook. 

 

Advertisement

Menurut Shahir, platform media sosial yang dimiliknya itu hanya untuk berkongsi mengenai perniagaan dan kerjaya seni. 

 

“Saya ini ada satu masalah di mana saya tak pandai sangat nak bersosial media. Setakat ini, saya ada la IG, TikTok dan Facebook. 

Advertisement

 

“Tapi platform media sosial yang saya ada itu hanya tentang kerjaya sendiri saya. Saya tahu sekarang ada Threads tapi itulah saya takut tak sempat nak manage. 

 

“Yang ada sekarang ini saya rasa macam tak ada apa-apa update pun. Saya memang dari dulu rasanya orang tahu saya tak update sosial media sangat,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, Shahir juga mengakui dia bukan seorang yang mampu untuk melakukan banyak kerja dalam satu masa. 

 

“Mungkin sebab saya ini bukan seorang yang multitask. Cuma ada masa saya aktif itu pun sebab nak promosi untuk bisnes. Jadi memang tuntutan kerja. 

 

“Pernah ada orang suruh pakai dua telefon untuk bezakan bisnes dengan peribadi. Tapi saya rasa tak boleh, kena pakai satu juga,” ujarnya. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Must Watch Video

Advertisement