Pelakon Ben Amir dan Lisa Surihani boleh diibaratkan sebagai pasangan adik-beradik kerana memiliki wajah seiras.

Perkara itu juga diakui oleh netizen sehingga ada yang mengharapkan Ben dan Lisa dapat bergandingan antara satu sama lain sebagai pasangan adik-beradik.

Umpama impian jadi kenyataan, Ben akhirnya telah memuat naik foto bersama Lisa menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.

“Jumpa ‘kakak’ kita tadi. Korang rasa kami memang seiras ke?” tulisnya.

A post shared by BenAmirr (@benamirr)


Paling mengagumkan apabila foto terakhir dalam posting tersebut yang merakamkan wajah ‘separuh-separuh’ Ben dan Lisa memang menunjukkan mereka seperti kembar.

Posting itu juga turut mendapat respon daripada Lisa sendiri.

“Sebenarnya kami memang nampak samalah,” komennya.

Menerusi ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga bersetuju dengan Lisa.


Sebelum ini, Ben dan Lisa pernah menjadi bualan hangat netizen disebabkan persamaan wajah mereka namun tidak pernah berada dalam satu frame yang sama termasuklah bergambar.