Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam.

Jumpa Tangkal Sihir Dalam Kereta

Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang.

Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individu tersebut berkongsi rakaman di mana dirinya menemui tangkal sihir di dalam kereta miliknya buat kali kedua.

"Baru tiga bulan lepas kena. Kali kedua kena, Ya Allah kalau betul ini takdir aku atau ujian, aku terima segala ujianMu," luah individu itu.

Netizen Timbul Syak Wasangka

Beralih ke ruangan balas entri berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa takut dan menitipkan pesanan supaya individu tersebut tidak sewenang-wenangnya mempercayai mana-mana pihak.

"Ni lah pasal saya tak percaya orang. Nampak je baik hati tapi siapa yang tahu ye tak?"

"Kalau sampai boleh letak dalam kereta mesti orang terdekat juga ni,"

"Antara dua je ni. Sama ada nak buang barang sebab tak nak bela jenglot bodo ni lagi, atau pun memang niat nak kenakan pemilik kereta."

Dalam pada itu, ada juga segelintir mempersoalkan kebenaran di sebalik video yang dimuat naik.

"Palsu!"

"Saya percaya benda ghaib tu ada tapi kenapa tak buat dekat Israel ke, atau penjenayah yang jahat ke? Kenapa? Orang jahat dekat luar punya banyak, tak pernah mati sebab sihir,"

"Tikus mati je tu."

Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih lebih 500,000 tontonan di Platform X.

BERITA TRENDING: Buat Bisnes Cipta Gambar B*gel Guna AI, Warganet Luah Rasa Risau: “Kurangkan Kongsi Rupa Diri Di Media Sosial”

Sumber: Platform X