Laman Utama
“Jumpa Tapi Tak Pakai Pelitup Muka” - Jillian Michaels Dijangkiti COVID-19 Ketika Dandan Rambut Rakan Baik
Jurulatih kecergasan terkenal Hollywood, Jillian Michaels dijangkiti COVID-19 daripada rakan karibnya sendiri.
Menurut Michaels, dia dijangkiti rakan baiknya sewaktu sewaktu menata hias rambut dan muka masing-masing.
Kata Michaels lagi, dia tidak menyedari rakannya itu telah menyebarkan virus COVID-19 kepada dirinya.
“Saya tidak pernah membuat pendedahan tentang perkara ini secara umum sebenarnya, namun apa yang saya ingin khabarkan adalah saya telah dijangkiti COVID-19 menerusi sahabat baik saya beberapa minggu lalu.
"Saya bertemu dengan rakan baik di gimnasium dan kami hanya meluangkan masa selama satu jam sahaja. Kami menata hias rambut dan wajah bersama, namun masing-masing tidak memakai pelitup muka.
"Saya mula ketahui diri dijangkiti selepas enam hari pertemuan itu dan rakan saya juga tidak mengetahui dirinya adalah penyebar virus itu," jelasnya.
Bagaimanapun Michaels bersyukur kerana tidak mengalami simptom yang serius dan namun menegaskan perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana jelasnya virus itu boleh dijangkiti dengan pantas.
“Saya bertuah kerana mengamalkan kehidupan sihat dan mungkin itu menyebabkan saya pulih dengan cepat.
“Namun tidak semua orang diberikan tuah seperti yang kita tahu. Apa yang saya ingin sampaikan adalah jangan leka.
“Jika anda takut dijangkiti COVID, tempat yang terbuka seperti gim adalah antara yang berisiko,” katanya.
Michaels juga berharap orang ramai jangan lalai dan sentiasa peka mengenai langkah keselamatan pencegahan COVID-19.
Terdahulu, sehingga Rabu, terdapat 6.326 juta kes positif COVID-19 dicatatkan di Amerika Syarikat - kes tertinggi di dunia dengan lebih 189,000 korban.
Sumber: Fox Business / nbcnewyork
Must-Watch Video