Laman Utama
Jurugambar Terkenal Minta Gambar Bogel Pelajar Lelaki Didenda RM3,500
Seorang jurugambar terkenal di media sosial didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang, hari ini, selepas mengaku bersalah meminta gambar bogel daripada seorang pelajar universiti.
Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu terhadap Hishamudin Hashim, 32, dan memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Hishamudin didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat menghina kesopanan mangsa yang berusia 21 tahun di Selayang Mulia, Batu Caves, Gombak di sini, jam 3.09 petang, 23 November lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Khairunissak Hassni, membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman berbentuk pengajaran.
Sumber: Berita Harian
Foto: Sinar Harian
Must-Watch Video