,
Berita

Jururawat Tampil Dakwa Jadi Mangsa Cabul Pendakwah Selebriti, 9 Laporan Polis Diterima

ZULHILMI JALIL
08/12/2020
14:10 MYT
Susulan kes tahanan reman seorang pendakwah selebriti, satu lagi laporan berhubung kes cabul membabitkan personaliti program realiti berkenaan diterima polis hari ini.
Laporan itu dibuat oleh seorang jururawat berusia 26 tahun di Balai Polis Dang Wangi, Ahad lalu selepas mendakwa dicabul pada Disember tahun lalu.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, mangsa yang bertugas di sebuah hospital swasta di ibu kota mendakwa insiden berlaku di sebuah unit studio di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
"Difahamkan, mangsa mengenali suspek menerusi media sosial pada 2018 dan mula berkawan sejak itu.
"Modus operandi suspek sama seperti kes sebelum ini yang dia akan mengajak mangsa keluar makan sebelum membawa mangsa ke rumahnya dengan alasan mahu mengambil barang. Semasa di rumah, suspek didakwa memeluk mangsa dari belakang," katanya seperti yang dilapor Astro Awani.
Noor Azam berkata, laporan terbaharu yang dibuat oleh jururawat berkenaan menjadikan pihaknya menerima sembilan laporan daripada mangsa berhubung dakwaan merogol dan mencabul oleh bekas peserta program realiti keagamaan itu.
Bagaimanapun, dua daripada sembilan laporan itu diklasifikasikan oleh polis sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Pada masa sama, beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan dengan meihat dari segenap aspek termasuk mengumpul maklumat berkaitan.
"Polis akan menjalankan siasatan dengan adil dan semua maklumat diperoleh akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut. Suspek kini masih dalam perintah reman hingga Jumaat," katanya.
Suspek yang berusia 25 tahun ditahan pada 26 November lalu susulan laporan polis yang dibuat di IPD Shah Alam dan dikenakan tahanan reman selama lima hari bermula 27 November bagi membantu siasatan.
Perintah reman ke atas suspek sehingga Jumaat ini dibuat bagi membantu siasatan polis berhubung dua laporan polis dibuat terhadapnya atas dakwaan merogol, mencabul dan melakukan seks luar tabii.
Sebelum ini polis Petaling Jaya menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii) dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul).
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fazura Lapor Polis Berkaitan Fitnah Seorang Wanita

gempak
08/11/2024
11:28 MYT
Bagaimanapun butiran terperinci mengenai fitnah yang dilemparkan pengguna media sosial itu belum dapat dikenal pasti.
Berita

Peluk, Cium Pelajar Perempuan 12 Tahun, Polis Tahan Guru Penolong Kanan

gempak
15/10/2024
12:55 MYT
Polis menahan seorang Guru Penolong Kanan sebuah sekolah rendah di Ipoh, Perak, bagi membantu siasatan kes cabul terhadap seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Berita

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

gempak
10/09/2024
18:55 MYT
Seorang bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, di Kota Bharu, pada Isnin.
Hiburan

Uqasha Senrose Tak ‘Claim’ Diri Baik, Minta Bukti Tuduhan Melampau - “Sampai Fitnah Aku Kaki Pukul, Penumbuk Semua…”

gempak
27/08/2024
01:44 MYT
Pelakon Uqasha Senrose memberitahu dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang yang baik dan lemah lembut namun ia hanyalah pandangan orang ramai terhadapnya.
Unitar