Gara-gara tindakan berani tidur selama lebih dua jam ketika pesawat sedang di udara pada 26 April lalu, seorang juruterbang disiasat.

Menurut laporan Dawn, Kapten Amir Akhtar Hashmi menyerahkan tugas mengendalikan kapal terbang terbabit kepada pegawai latihan Ali Hassan Yazdani dalam tempoh perjalanan selama dua setengah jam.

Penerbangan Pakistan International Airlines itu dalam perjalanan Islamabad ke London dan membawa lebih 300 orang penumpang.

Difahamkan Hashmi sepatunya memantau tugas-tugas pengendalian pesawat oleh pegawai terbabit namun meninggalkan kokpit untuk melelapkan mata.

Salah seorang penumpang yang perasan dengan tindakan juruterbang itu telah membuat aduan.

"Seorang penumpang telah mengadu bahawa juruterbang itu sedang tidur di kabin kelas perniagaan dan dia merasakan tindakan itu membahayakan.

"Walaupun telah dimaklumkan bahawa terdapat dua pegawai sedang melaksanakan tugas di dalam kokpit namun dia bertegas untuk menulis aduan berkenaan," lapor media antarabangsa.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: News.com