Viral

“That Is Just Plain Selfish And Silly,” – Dr Halina Mohon Jangan Tapau Sanitizer Hospital

gempak
Mya Amri
20/03/2020
12:51 MYT
Sponsor Banner
“That Is Just Plain Selfish And Silly,” – Dr Halina Mohon Jangan Tapau Sanitizer Hospital
Isteri angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Dr. Halina Mohd. Yunos menegur sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang mengambil cecair pembasmi kuman dari hospital.
Menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya, Dr Halina menyifatkan tindakan itu sangat mementingkan diri sendiri kerana tidak menghiraukan pesakit yang lebih memerlukan.
“Please #stayhome… Dan sekiranya anda perlu ke hospital, tolong jangan tpau sanitizer daripada hospital. Kami sangat memerlukannya.
“Lebih teruk lagi apabila ada yang memuat naik (foto sanitizer) di sosial media. Tindakan seperti ini sangat mementingkan diri sendiri,” tulisnya,
Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih kepada Dr Halina, seluruh petugas kesihatan dan barisan hadapan negara.
“Stay safe and keep fighting Dr. Thank you sebab dah jaga Malaysia,” tulis @homomo
“Semoga doktor dan semua petugas hospital dilindungi Allah S.W.T,” doa @norhayatikhalil
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live