Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menggunakan segala peruntukan undang-undang dalam kes siasatan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Enam bulan siasatan

Sepanjang enam bulan siasatan dijalankan sejak Zayn dilaporkan hilang pada 5 Disember tahun lalu, JSJ Bukit Aman turut menggerakkan semua aset dan logistik dalam menyelesaikan kes berkenaan.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, setiap butiran terperinci dari sekecil-kecil fakta, keterangan dan bukti dianggap penting dalam menyelesaikan kes pembunuhan itu.

Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

"Siasatan pada mulanya dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh berdasarkan petunjuk dan bukti yang kita peroleh di lokasi kejadian dan bedah siasat.

"Hasil perbincangan mendalam bersama pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP), berdasarkan segala bukti, mereka berpendapat pada masa ini akta yang paling sesuai digunakan adalah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, pada Khamis.

Mohd Shuhaily berkata, bagaimanapun polis akan menjalankan siasatan dengan lebih lanjut sekiranya ada arahan daripada pihak DPP.

"Segalanya selepas ini adalah terletak di bawah bidang kuasa pihak pendakwaan," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan kononnya pihak polis menyekat komunikasi antara kedua ibu bapanya dengan peguam ketika direman, Mohd Shuhaily memaklumkan bahawa pihaknya mempunyai hak dalam perkara itu.

"Pihak polis diberikan hak menolak permohonan peguam untuk berjumpa pasangan berkenaan mengikut Seksyen 28A (8) Kanun Tatacara Jenayah,katanya.

Beliau berkata, Bahagian 5 Kuasa Istimewa Penyiasat (Special Investigation Power), pada seksyen berkenaan telah memberikan kuasa kepada pihak polis untuk berbuat demikian semasa siasatan dijalankan.

"Pihak polis tidak mempunyai sebarang niat tidak baik semasa menguatkuasakan peruntukan berkenaan kerana fokus polis hanya untuk menjalankan siasatan sebaik mungkin dengan menggunakan semua peruntukan disediakan," katanya.

Sumber: Sinar Harian