Disember tahun lalu, negara digemparkan dengan kehilangan dan kematian kanak-kanak autisme yang dikenali sebagai Zayn Rayyan.

BERITA TRENDING:#JusticeforZaynRayyan: Ibu Bapa Zayn Rayyan Didakwa Di Bawah Akta Kanak-Kanak 2001 - Polis

Walaupun kes masih berlangsung, siasatan demi siasatan merungkai kepada kisah gelap dan penuh kekeliruan berhubung pembunuhan kanak-kanak tersebut.

BERITA TRENDING:Ibu bapa Zayn Rayyan Sedang Jalani Rawatan Psikologi - Peguam

Jadi demi memberi pembaca pemahaman tentang kes pembunuhan Zayn Rayyan, berikut merupakan kronologi dan perkembangan berhubung jenayah berkenaan:

5 Disember 2023 (12:30 PM)

Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Mattin berkongsi tentang kehilangan anaknya yang berusia enam tahun menerusi aplikasi Facebook. Bagaimanapun, pencarian ibu Zayn gagal, justeru meminta penduduk setempat membantu mencari anak sulung daripada dua beradik itu.

BERITA TRENDING:#JusticeforZaynRayyan: Ibu bapa Zayn Rayyan Dibenarkan Ikat Jamin RM20,000

6 Disember (11:16 AM)

Menurut beberapa orang saksi Zayn didakwa masuk ke kawasan belukar berhampiran. Zayn juga dikatakan bermain di tingkat tiga blok kediamannya namun melarikan diri selepas kehadiran orang lain.

BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: Datuk, Nenek Zayn Rayyan Dibebaskan Pagi Ini

6 Disember (9 PM)

Polis melakukan operasi pencarian rumah ke rumah membabitkan 40 anggota dan 60 orang penduduk setempat. Operasi itu memeriksa sebanyak 2,482 unit di 18 blok apartmen berikut.

BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: "Penahanan Datuk, Nenek Zayn Rayyan Bantu Siasatan Ke Atas Ibu, Bapa" - Peguam

6 Disember (10 PM)

Polis melaporkan bahawa mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu berjaya ditemui di kawasan sungai.

6 Disember (11:46 PM)

Berita sedih itu membuatkan bapa kepada Zayn Rayyan terlalu berduka sehingga pengsan beberapa kali.

7 Disember (1:04 AM)

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid mayat mangsa akan dibedah siasat.

7 Disember (10:36 AM)

Keterangan oleh saksi, keluarga dan jiran diambil oleh pihak berkuasa. Kes ketika itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

7 Disember (3:30 PM)

Bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh oleh pihak Forensik dan ibu kepada kanak-kanak tersebut, Ismanira, menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut.

7 Disember (5 PM)

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn Rayyan dibunuh dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

7 Disember (7 PM)

Jenazah Zayn Rayyan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

8 Disember 2023

Siasatan mendapati tiada kesan kecedaraan lama menjurus kepada penderaan. Polis juga melakukan mass screening (tapisan besar-besaran) terhadap data cap jari orang yang pernah melakukan kesalahan seksual dan mempunyai kes jenayah.

9 Disember 2023

Pemeriksaan rumah ke rumah dijalankan oleh pihak polis di Apartmen Idaman, Damansara Damai bagi mengumpul maklumat.

10 Disember 2023

Datuk Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, menolak kemungkinan cucunya dibunuh atas sebab dendam kerana anak dan menantunya baru sahaja berpindah ke kediaman berkenaan tiga tahun lalu. Polis mengambil DNA kepada 228 individu yang melibatkan 2,484 unit rumah (18 blok) dan premis perniagaan untuk membantu siasatan.

11 Disember 2023

Rakaman dashcam diterima pihak berkuasa daripada pemilik kenderaan penduduk kawasan setempat.

12 Disember 2023

Pergerakan dari pemeriksaan awalan rakaman dashcam penduduk ditemui dan polis meminta bantuan dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menyedut keluar air dari lokasi penemuan mayat.

13 Disember 2023

Polis menemui sehelai stokin dalam takungan air berhampiran lokasi mayat dijumpai. Susulan itu, tiga individu dipercayai positif dadah ditahan di apartmen tersebut. Akan tetapi individu-individu berkenaan didapati tidak terlibat kes bunuh itu.

14 Disember 2023

Polis kesan saksi dakwa terlihat Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga Blok R kira-kira 5 petang, hari mangsa dilaporkan hilang (5 Disember).

23 Disember 2023

Polis Antarabangsa (Interpol) turut serta dalam pencarian bukti pembunuhan Zayn Rayyan yang memasuki fasa 3.

28 Disember 2023

Polis mengisytiharkan bahawa kes tidak ditutup meskipun tiada bukti baharu yang diperolehi dalam waktu tersebut.

7 Januari 2024

Maklumat secara am dari Interpol diterima oleh pihak polis.

6 Februari 2024

RM20,000 ditawarkan oleh Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri A. Thaiveegan, kepada individu yang berjaya menahan suspek.

23 Februari 2024

Tiada pihak tampil memberi maklumat berhubung kes walaupun ganjaran ditawarkan.

21 Mac 2024

Polis menafikan dakwaan bahawa pihak mereka lambat dalam siasatan berhubung kes kematian Zayn Rayyan.

8 Mei 2024

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan pihaknya masih mengharapkan petunjuk baharu.

31 Mei 2024

Ibu bapa kepada Zayn Rayyan ditahan sekitar Puncak Alam bagi membantu siasatan.

1 Jun 2024

Reman selama tujuh hari dibenarkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya terhadap pasangan tersebut

7 Jun 2024

Tempoh reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan dilanjutkan lagi selama enam hari.

12 Jun 2024

Datuk dan nenek Zayn Rayyan turut ditahan di Subang Bistari kira-kira jam 2.30 petang untuk membantu siasatan.

Ahli Keluarga Ditahan Sebagai Suspek Pembunuhan?

13 Jun 2024

Susulan penahanan, ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurut pertuduhan, pasangan suami isteri itu dikatakan telah mengabaikan anaknya sehingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. Jaminan ditetapkan sebanyak RM10,000 bagi setiap seorang tertuduh oleh hakim.

Ibu bapa Zayn Rayyan juga diminta untuk melapor diri sekali setiap bulan di balai polis terdekat selain dilarang menganggu saksi pendakwaan. Tarikh sebutan kes ditetapkan pada 26 Julai 2024