Berita

#JusticeforZaynRayyan: "Penahanan Datuk, Nenek Zayn Rayyan Bantu Siasatan Ke Atas Ibu, Bapa" - Peguam

gempak
Gempak
12/06/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
#JusticeforZaynRayyan: "Penahanan Datuk, Nenek Zayn Rayyan Bantu Siasatan Ke Atas Ibu, Bapa" - Peguam
Peguam bapa kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, Fahmi Abdul Moin memberitahu pihak peguam bela dimaklumkan mengenai penahanan datuk dan nenek kanak-kanak itu kira-kira jam 3 petang Rabu.
Menurut Fahmi, beliau mendapat panggilan dari datuk Zayn memberitahu bahawa dia dan isteri sedang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor.
Fahmi, ketika dihubungi Astro AWANI, berkata pihaknya akan mengemukakan bantahan terhadap arahan penahanan itu, namun perlu menunggu sehingga hari ini bagi mendapatkan maklumat lanjut selepas keterangan mereka diambil pihak polis.

Bantu siasatan

Jelas Fahmi, buat masa ini, pihaknya hanya diberitahu bahawa penahanan itu adalah untuk membantu siasatan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan.

Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

"PDRM akan ambil keterangan daripada datuk dan nenek Zayn Rayyan. Kalau tidak dapat selesai dalam masa 24 jam, mereka akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

"Tempoh reman hanya akan diketahui pada Khamis hari ini dan pihak kami akan hadir untuk membantah permohonan reman tersebut," kata Fahmi.

Menurutnya, bantahan di atas alasan apa tidak dapat dinyatakan kerana tiada penjelasan jelas mengapa penahanan terhadap kedua-dua individu itu dilakukan.
"Esok baharu (Khamis,hari ini) semua akan diketahui di mahkamah, daripada siasatan pihak polis, kenapa mereka harus ditahan dan dilanjutkan reman. Berdasarkan alasan itu, pihak kami akan membuat bantahan," kata Fahmi.
Media terdahulu melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan datuk dan nenek Zayn Rayyan ditahan polis di sebuah lokasi berdekatan Subang Bestari, Shah Alam di Selangor.
Penahanan mereka dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah bagi membantu siasatan, dan mereka akan direman esok di Mahkamah Majistret Petaling Jaya,Khamis.
Nasib ibu bapa Zayn Rayyan yang direman selama 13 hari bagi membantu siasatan kes bunuh anak terbabit akan diketahui hari ini, sama ada didakwa atau dibebaskan dengan jaminan polis.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live