Pembukaan sempadan antarabangsa sepenuhnya selepas dua tahun bukan sahaja bakal merancakkan kembali ekonomi negara malah juga menandakan 'kembalinya' penganjuran konsert bertaraf antarabangsa.
Pengumuman itu dilihat bertepatan pada masanya apabila bintang pop terkenal Justin Bieber hari ini mengumumkan tarikh baharu konsert jelajah Justice World Tour yang akan diadakan di 20 buah negara tahun ini.
Bieber turut menyenaraikan mengadakan persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil di ibu negara pada 22 Oktober ini.
Penyanyi kelahiran Kanada itu dijangka membuat persembahan terbuka di Jakarta, Nagoya, Osaka, Tokyo yang merangkumi 100 hari sehingga tahun 2023.
Selain negara-negara Asia, penyanyi yang terkenal dengan lagu Anyone itu juga dijangka membuat persembahan konsert istimewanya di hadapan peminat di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, United Kingdom, Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Timur Tengah.
Wakil penganjur, PR Worldwide dan AEG yang bertanggungjawab membawa penyanyi itu memberitahu, mendepani penularan COVID-19 syarikat itu akan mengambil semua langkah-langkah keselamatan bagi menjamin persekitaran yang selesa dan selamat bukan sahaja untuk kakitangan, artis dan kru malah juga kepada penonton.
"Kami sangat berbangga dapat membawa jelajah Justice World Tour kepada peminat Malaysia pada Oktober ini. Saya percaya ini satu pengumuman yang dinanti-nantikan oleh semua peminat Bieber.
"Tidak dapat kami gambarkan perasaan ini, untuk membuat konsert mega selepas hampir dua tahun," katanya pada Rabu.
Menurut PR Worldwide dan AEG, konsert itu akan diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ditetapkan termasuk pengunjung perlu melengkapkan vaksinasi COVID-19 dan tiket dijual secara dalam talian.
Sementara itu, kata Bieber menerusi kenyataan media; "Kami sedang berusaha untuk memberikan pengalaman konsert yang terbaik dan tak sabar untuk berkongsi kepada seluruh dunia. Jumpa nanti!"
Tiket Justice World Tour dijual dengan harga bermula dari RM288 hingga RM1,088 bermula 31 Mac ini.
Amri Hassan
Wed Mar 23 2022


Tak Sempat Sampai Majlis Pengebumian Nenek, Pemain Badminton Dan Ibu Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
Allahuakhbar... Al-Fatihah...

“Saya Reda Dengan Qada & Qadar”- Adi Putra Mengesahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2
Tiada rezeki Adi kali ini

"Hubungan Juga Sudah Tidak Baik" - Peguam Jelaskan Diana Danielle Bayar Sewa Rumah, Ada Hak Halang Farid Kamil Masuk
Penjelasan peguam mewakili Diana.

Kecoh Tersebar Gosip Son Ye Jin Minta Cerai Sebab Hyun Bin Kuat Berjudi
Harap semuanya baik-baik sahaja.

"Tak Mungkinlah Kami Bergaduh" - Syida Melvin Cabar Diri Gerak Solo Tanpa Adik-Beradik
Adik beradik kot

Peminat Dakwa Tak Ada Job, Agnes Mo: “Sekali Bekerja Cukup Untuk Beberapa Tahun”
Fuh, sekali kerja dah cukup tau. Hebat Agnes Mo.

Shaheizy Sam Elak Komen Masalah Rumah Tangga Orang - “Saya Percaya Kifarah”
Ada betul kata Sam tu...

Suami Yana Samsudin Edit Gambar Dengan Pelakon High Council, Netizen - “Yang Belakang Itu Next Kapla Ke?”
Terhibur tengok haha

Bekas Pemain Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia
Al-Fatihah...

“Saya Masih Sayangkan Diana” - Farid Kamil
Semoga ada jalan pendamaian