Jutawan minyak pati aromaterapi, Norhidawati Abdul Aziz, tidak percaya pada gimik murahan untuk melariskan sesuatu perniagaan atau produk.

Bagi Norhidawati, atau turut mesra disapa Teacher Watie secara realistiknya produk yang baik akan membuktikan kesan yang optimum, tanpa perlu menggunakan teknik pemasaran yang merepek.

"Saya seorang yang realistik, apabila berbisnes kita perlu buat betul-betul, buktikan kita boleh berjaya tanpa perlu menggunakan gimik yang pelik-pelik untuk jual produk.

"Kalau produk bagus, kita boleh menjual produk itu tanpa perlu memalukan diri atau menjatuhkan maruah sendiri. Saya nak jual produk, bukan diri sendiri.

"Saya datang bersama dengan produk dan ilmu. Sebab itulah tak nampak saya buat benda pelik-pelik. Saya tekankan pendidikan, sebab saya percaya produk itu memang bagus dan tak perlu gebang lebih pun pasal produk itu.

"Apabila produk itu sendiri yang membuktikan hasilnya, kerja saya jadi lebih mudah.

"Saya fokus belajar mengenai produk, modaliti, gabungkan bersama, menjadi professional healer untuk mendidik orang ramai yang memerlukan bantuan saya. Saya bantu, mereka nampak sendiri secara profesional. Itu lebih berkesan dan sustainable," katanya kepada Gempak.



Berpegang pada prinsip sama juga, Norhidawati terus melakar kejayaan dan sejarah apabila menjadi wanita Islam pertama dunia dinobatkan sebagai Royal Crown Diamond Young Living baru-baru ini.

Malah, wanita yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam perniagaan minyak pati aromaterapi itu juga sentiasa memasang niat untuk terus membangun dan membantu golongan yang memerlukan terutamanya wanita.

Norhidawati juga mahu mendidik masyarakat untuk memahami dan menggunakan minyak pati aromaterapi dengan cara yang betul.

"Alhamdulillah, pengiktirafan yang diberikan itu sedikit sebanyak membuka mata dunia bahawa wanita Islam juga mampu berdiri sama tinggi dengan individu hebat lain.

"Niat saya untuk terus membimbing usahawan di Malaysia terutamanya golongan wanita agar terus bangkit dan memajukan diri. Tidak kira dari apa juga latar belakang.

"Selepas pandemik Covid-19, harus diakui ramai yang bergelut dengan isu kesihatan mental dan emosi. Jadi, kumpulan sokongan menerusi OilyLicious Healthcare Sdn. Bhd. inilah yang banyak menyokong satu sama lain dan membantu masyarakat untuk menggunakan manfaat minyak pati aromaterapi dengan betul agar mencapai tahap kesihatan terbaik," ujarnya.

A post shared by Teacher Watie (0162033340) (@oilyliciousteam)


Sehubungan itu, syarikat milik Norhidawati mengambil inisiatif untuk berkongsi ilmu dengan menjalankan beberapa ‘roadshow’ di seluruh negara bagi memberi sokongan kepada usahawan-usahawan tersebut.

Salah satu kaedah yang dibuat sewaktu roadshow tersebut adalah membantu para usahawan untuk memperkuatkan lagi ‘mind set’ serta emosi mereka dalam membantu mereka untuk terus bertahan.

Program sokongan yang dilakukan ini akan diteruskan lagi pada tahun 2024 bagi membantu lebih ramai lagi usahawan di seluruh Malaysia.

Selain itu, Norhidawati punyai cara tersendiri untuk menghargai usahawan menerusi majlis apresiasi yang menghimpunkan lebih 100 usahawan hebat seluruh Malaysia.

"Hampir 90% usahawan di bawah bimbingan kami adalah wanita yang tekad mahu meningkatkan taraf ekonomi dan juga menjalani gaya hidup sihat melalui terapi minyak pati aromaterapi.

"Sebagai pemimpin dan individu yang telah mencipta nama dan kejayaan dalam bidang ini, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing mereka seikhlas hati bagi memastikan impian mereka tercapai.

"Saya akui mereka sangat tekun dan bersungguh-sungguh mengikuti setiap kelas serta program yang saya sediakan. Justeru majlis penghargaan ini saya khaskan bagi meraikan mereka," tambahnya.