Laman Utama
Kacak Hadiahkan Beg Berjenama Mewah Pada Cik B, Netizen Terharu “Sweetnya, Sayang Sungguh Dekat Kakak”
Anak usahawan popular, Datuk Seri Vida, Muhammad Eric Zaquan atau lebih dikenali sebagai Kacak mendapat perhatian selepas membuat kejutan untuk kakaknya, Cik B.
Menerusi video pendek yang dimuat naik Vida di akaun Instagramnya, Kacak telah memberikan sebuah beg berjenama mewah, Christian dior sebagai hadiah kepada Cik B.
Video itu juga merakamkan wajah Cik B yang kelihatan ‘blur’ selepas bangun tidur dan juga keterujaan Kacak membuka hadiah untuk kakaknya.
Manakala Vida pula meluahkan rasa gembira melihat keakraban hubungan rapat dan kasih sayang antara anak-anaknya.
“Kacak dan Cik B. Gaduh, kungfu, hati tisu, bagi kejutan untuk Cik B. Budak zaman sekarang semua beli online,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Vida terharu dengan tindakan yang dilakukan Kacak.
Malah Vida juga dipuji sebagai seorang ibu yang pandai menjaga anak-anaknya walaupun sentiasa sibuk dengan kerja.
“Sayangnya Kacak dekat Cik B. Semoga berpanjangan hingga akhir hayat. Ameen,” komen @ainul_nawi
“Assalamualaikum… Ya Allah, terharu saya Dato Seri @datoserivida tengok Kacak bagi hadiah dekat kakak dia. Love it,” tulis @zara_shah0621
“So sweet… Good job Dato @datoserivida didikan terbaik melahirkan anak-anak yang sentiasa berkasih sayang. Terharu sangat tengok Kacak dan Cik B. Love uolssss!” puji @eyenanadzira
Sehingga kini video yang baharu dimuat naik itu menerima lebih 92,000 tontonan.
Must-Watch Video