,
Laman Utama

“Kad Pun Hampir Lunyai” - Isu Sijil Digital MySejahtera Masih Belum Settle? Ramai Mohon Dipercepatkan!

Hanafis Haris
28/09/2021
12:44 MYT

Platform media sosial hari ini ‘dibanjiri’ dengan keluhan orang ramai yang masih mempunyai masalah dengan sijil digital vaksin daripada aplikasi MySejahtera.

Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, orang ramai dilihat masih tidak berputus asa mengambil inisiatif memanjangkan perkara berkenaan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Ada yang mendakwa mereka menghadapi masalah tersebut hampir dua bulan, malah ada juga sudah tidak tahan untuk memberi penjelasan setiap kali memasuki premis.

Paling menyedihkan, ada netizen yang kecewa apabila kad fizikal vaksinasi mereka hampir lunyai.

“Saya merayu, kad vaksin pun dah hampir nak lunyai bawa ke sana sini”.

“Setiap kali nak masuk premis kena berdoa supaya yang jaga tu terang hati terima alasan kami. Kalau asyik buat muka tu macam kami ni tak vaksin, Allahu satu hal hilang mood”

“Saya dah call dan report pada hotline dua kali, tiga kali buat helpdesk masih tak dapat sijil digital. Nak buat ujian komputer JPJ sekolah memandu tak tak terima kad vaksin yang tiada sijil digital,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, pada 9 September lalu, pasukan aplikasi MySejahtera diberi tempoh seminggu untuk menyelesaikan kes penerima tidak mempunyai sijil digital, biarpun telah lengkap dos vaksin COVID-19.

Khairy Jamaluddin berkata, sementara isu tersebut diselesaikan, golongan berkenaan dibenarkan menggunakan kad fizikal dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat sementara waktu, sebagai bukti penerimaan vaksin.

Sejurus selepas itu, pada 19 September lalu, Khairy memberitahu lebih 500,000 masalah ketiadaan paparan sijil vaksin digital di dalam aplikasi MySejahtera berjaya diselesaikan dalam tempoh seminggu.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti beberapa punca kepada masalah tersebut dan akan terus memastikan aplikasi itu mengemas kini maklumat penerima vaksin dos pertama atau dos kedua sebelum ini.

Jelasnya, sebanyak 95,347 aduan tersebut berpunca daripada status penerima vaksin sebagai tanggungan, menyebabkan sijil vaksin digital individu tersebut terikat dengan pemilik akaun MySejahtera.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Keropok Lekor Losong Sudah, Terengganu Disaran Patenkan 'Ikan Celup Tepung' Pula

gempak
12/11/2024
12:39 MYT
Terengganu disaran mempatenkan produk makanan, ikan celup tepung yang popular di negeri ini, sebagai harta intelek bawah kategori Petunjuk Geografi (GI).
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Berita

"Saya Nampak Tayar Ativa Gilis Badan Zharif" - Saksi

gempak
12/11/2024
06:49 MYT
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, kereta Perodua Ativa yang dipandu pegawai kanan polis melanggar motosikal ditunggang seorang pelajar dari belakang sebelum menggilis badan mangsa, Disember tahun lalu.
Viral

Inspektor Sheila Bebas Kes Hina Peguam

gempak
12/11/2024
01:20 MYT
Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, melepaskan dan membebaskan Inspektor Sheila daripada satu pertuduhan menghina kesopanan seorang peguam, tahun lalu.
Viral

Promosi Bisnes Cara Lucah, Netizen Kurang Senang Peniaga Guna Marketing Memalukan - “Boikot Sahaja!”

gempak
11/11/2024
04:55 MYT
Tular baru-baru ini beberapa video memaparkan peniaga mempromosikan donut susu dengan aksi lucah.
Unitar