“Kadang-Kadang Perempuan Ke Lelaki? - Nak Join ‘Drag Queen’ Vida? Norreen Buat Ramai Berdekah!
Selepas Datuk Aliff Syukri, giliran usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida pula yang menjadi ‘modal’ kecaman dan kemarahan netizen.
Ini kerana muzik video lagu raya terbaharu Vida berjudul Muah Muah Raya didakwa tidak menghormati hari raya kerana menampilkan beberapa ‘drag queen’ sebagai penari.
Netizen juga mempersoalkan pemilihan konsep ‘drag queen’ dan juga pengertian raya sebenar bagi Vida.
Namun, lain pula bagi pempengaruh, pelakon dan selebriti media sosial, Norreen Iman apabila melihat konsep berkenaan sebagai satu video muzik penuh ‘energy’
Pun begitu, Noreen membuatkan ramai ‘berdekah’ apabila mempertikaikan keputusan Vida yang tidak mempelawanya untuk tampil dalam video muzik tersebut.
“Saya ada soalan penting tak tanya, kenapa saya tak ada dalam gambar ni.
“Yass Datuk, this is energy, this is love.
“Patut saya ada dalam gambar ni, saya adalah ciri-ciri manusia untuk jadikan sebagai manusia yang keliru.
“Kadang-kadang perempuan ke lelaki? Nampak tak Datuk, sesuai,” katanya.
Terdahulu, netizen juga turut meluahkan kekecewaan kerana dengan adanya muzik video sebegini telah mencemarkan dan membawa tanggapan yang salah tentang maksud hari raya atau hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa.
Tidak cukup dengan itu, netizen juga mendakwa sikap Vida sangat tidak matang dan tidak bersesuaian dengan umurnya yang sudah lanjut.
@norreen143_