Berita

"Kadang-Kadang Saya Buat Lagu Bukan Untuk Populariti" - Ramli Sarip

gempak
Asraf Aided
07/05/2019
09:28 MYT
Sponsor Banner
"Kadang-Kadang Saya Buat Lagu Bukan Untuk Populariti" - Ramli Sarip
Penyanyi senior berbakat, Datuk Ramli Sarip sentiasa mengutamakan kepuasan peminat dalam penghasilan sesebuah lagu.
Menurut Ramli, kualiti sesebuah lagu sangat memain peranan untuk meninggalkan kesan dalam jangka masa yang panjang di hati peminat.
"Kadang-kadang, saya buat lagu bukan untuk populariti, apa yang penting adalah kepuasan hati peminat.
"Setiap lagu mempunyai peranan tersendiri dan membawa penceritaan kehidupan, perkara itu turut membuatkan saya sendiri berpuas hati.
"Boleh dikatakan kebanyakkan lagu saya, 60 peratus dihasilkan untuk kepuasan peminat dan 40 peratus untuk diri saya," katanya kepada Gempak.
Ramli mula aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1975 dan masih berjaya mempertahankan popularitinya sehingga kini, antara lagu hit yang dipopularkannya adalah Kamelia, Bukan Kerana Nama dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024