Berita
“Kadang-Kadang Tu Mintak Sangat Sakit Anak Itu Pindah Pada Kita...” - Nadya Syahera
Pelakon Nadya Syahera akui dia sekali lagi diberikan dugaan apabila anaknya, Aleena Rose kerap jatuh sakit.
Menurut Nadya, kali ini anaknya mempunyai batuk berkahak yang sangat teruk sehingga membuatkannya sukar bernafas.
“Aleena ni kalau batuk sahaja mesti jadi macam lelah, hujung tahun haritu dah kena masuk wad 10 hari sebab Bronchitis.
“Lepas itu, bulan lalu pun batuk kahak teruk, kena nebulizer setiap tiga jam.
“Sekarang lagi sekali dia batuk berkahak and nafas laju sampai lemau dah dia tadi,” tulisnya.
Nadya berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menurut pelakon drama bersiri Dia Semanis Honey ini lagi, dia tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung anaknya dan berharap agar Aleena cepat sembuh.
”Haih kadang-kadang minta sangat, sakit anak tu pindah pada kita, kesian sangat tengok anak-anak sakit.
“Doakan Aleena cepat sembuh ya,” pintanya.
Nadya dan Fizul berkahwin pada 25 September 2016 dan perkahwinan itu merupakan kali kedua buat Fizul.
Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia tiga dan dua tahun.
Must-Watch Video