Hiburan

"Kahwin Jer Senang, Nak Akak Sponsor?" - Ifa Raziah Mohon Aliff Aziz, Sarah Yasmine Selesaikan Kemelut, Netizen Dua Negara Tak Bertelagah!

gempak
Amri Hassan
02/05/2024
01:50 MYT
Sponsor Banner
"Kahwin Jer Senang, Nak Akak Sponsor?" - Ifa Raziah Mohon Aliff Aziz, Sarah Yasmine Selesaikan Kemelut, Netizen Dua Negara Tak Bertelagah!
Selebriti versatil, Ifa Raziah menyeru agar semua pihak yang terbabit dalam kontroversi melibatkan selebriti Singapura iaitu Aliff Aziz dan Sarah Yasmine agar berhenti daripada terus bertelagah dan menyebarkan aib satu sama lain.
Jelas Ifa, selaku artis yang lebih senior dan berpengalaman, semua pihak harus memberikan kerjasama agar tidak terus memperbesarkan kisah dalam kain selebriti.
"Kita dah lama berkarya, banyak show di Singapura. Tak syok melibatkan dua negara ni. Apabila orang datang buat onar, kena jawab.
"Satu industri tercalar, isu ini tak habis-habis. Nak tutup buku dah, nak buka cerita baru. Nak cerita aib buka pekung, kita tak nak.
"Kepada individu terlibat, semua benda nak keluarkan. Diam-diam dah lah. Kita tak nak ambil tahu, kita ada banyak hal lain lebih berfaedah.
"Hentikan, stop! Semua perempuan atau artis terlibat tolonglah buat laporan kepada pihak berkuasa. Kita pun nak cari makan, ke Singapura cari makan. Benda ni melibatkan banyak pihak, jadi busuk dan rosak," katanya kepada Gempak.

Aliff lepaskan cara baik

Nasihat Ifa kepada Aliff agar segera mencari titik penyelesaian dan tidak memanjangkan isu terbabit.
"Saya mohon sebagai artis senior, berhentilah. Nak berpisah buat cara berpisah, lepaskan cara baik. Pergilah kepada wanita mana yang dicintai. Kita teruskan hidup dengan cara masing-masing. Perbaiki diri.
"Saya pun pernah muda, pernah buat silap. Ia satu pelajaran dan proses hidup kita. Jangan kita keruhkan lagi keadaan," katanya.

Taja majlis kahwin

Malah, Ifa turut menawarkan dirinya untuk menaja majlis perkahwinan Aliff seandainya ia boleh menjadi penyelesaian kepada masalah yang sedang melarat ketika ini.
"Saya pun nak cari makan kat sana (Singapura), hal ini membabitkan dua individu sahaja, jangan libatkan negara. Negara tak bersalah.
"Masalah dua orang ini, habis semua terpalit. Semua orang Singapura dan Malaysia baik-baik belaka. Kita doakan... Kahwin jer lah dua orang ni kan senang. Susah-susah pening kepala, nak akak sponsor, akak sponsor kau kahwin. Nak?" soal Ifa tegas.

BERITA TRENDING: Peguam Anggap Isu Sarah Yasmine Tak Perlu Dibawa Ke Pihak Berkuasa - “Kenapa Kita Nak Buang Masa Polis Malaysia?”

BERITA TRENDING: Kontroversi Aliff Aziz, Adi Putra Pesan Jangan Sentuh Isu Kewarganegaraan - "Kita Tak Mahu Letak Sentimen Kasta"
PILIHAN PEMBACA: Seniman Mohon Sarah Yasmine Henti Keruhkan Keadaan, Rosakkan Imej Artis Malaysia
PILIHAN PEMBACA: Berkenduri Selak Kain Artis Malaysia, Erma Fatima Mohon Sarah Yasmine Berhenti! - "Berambus Dari Malaysia"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live