Isteri kepada penyanyi rap Aman Ra, Amira Hani mencuri perhatian wargamaya apabila wajahnya dikatakan mirip penyanyi popular Ning Baizura.

Menerusi laman sosial Instagram, jurusolek terkenal yang bertanggungjawab menyolek wajah Amira, Khir Khalid berkongsi foto hasil solekan ratu sehari tersebut untuk tatapan umum.

A post shared by Khir Khalid (@khirkhalid)


Dalam pada itu, Amira yang merupakan kakak kepada cef selebriti terkenal, Anis Nabilah turut berkongsi foto di hari bahagia bersama Aman di akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum, dengan rendah hati saya ingin berkongsi selesai sudah majlis akad nikah kami.

“Doakan yang terbaik dan terima kasih atas segala sokongan,” tulisnya ringkas dalam hantaran berkenaan.

A post shared by amira hani (@amira_hani)


Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti menitipkan ucapan selamat berbahagia buat Amira dan memuji penampilannya cantik dan berseri bak seorang puteri.

“Shayang dia, congrats kak Mira,” komen Wany Hasrita.

“Aww, you look so lovely. Congratulations beb,” tulis Raja Ilya.

“Congrats Mira,” ujar Khai Bahar.

“Always been praying for you @amira_hani. Syukur alhamdulillah. So happy for both of you,” kata Tiz Zaqyah.

“Tahniah babe, you look so stunning,” komen seorang rakannya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 1,500 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, ini merupakan perkahwinan kedua buat Aman atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, 35.

Terdahulu, Aman Ra pernah mendirikan rumah tangga dengan Natiqah Rahmat namun sah bercerai pada 5 Ogos tahun lalu selepas lebih setahun melafazkan cerai secara taklik.

Perkahwinan tersebut dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa, 4 dan Tuah Khalifa yang kini berusia tiga tahun.