Skip to main content

Hiburan

“Kalian Boleh Berharap Aku Jatuh, Jangan Harap Aku Menyerah” – Aisar Khaled

“Kalian Boleh Berharap Aku Jatuh, Jangan Harap Aku Menyerah” – Aisar Khaled

Sekilas

  • Aisar Khaled meluahkan rasa terkilan kerana ada pihak yang menantikan kejatuhannya ketika dia membina kehidupan di Indonesia.
  • Walaupun menghadapi dugaan dan dakwaan penipuan bernilai RM1.3 juta, Aisar bertekad untuk bangkit tanpa niat membalas dendam.
  • Aisar percaya masih ramai masyarakat Indonesia menerima kehadirannya dan dia mahu berkongsi kebahagiaan sebagai anak Malaysia di sana.
Advertisement

Pempengaruh terkenal Aisar Khaled meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa terdapat segelintir pihak yang menantikan kejatuhannya ketika sedang membina kehidupan di Indonesia.

Menerusi Instagram, Aisar berkata, perjalanan sebagai anak Malaysia yang merantau ke negara jiran bukan sentiasa mudah apabila turut berdepan individu yang didakwa berpura-pura menyokongnya.

Advertisement

 

 “Banyak orang ingin melihat aku jatuh. Mereka menunggu saat aku lemah, berharap aku gagal, bahkan mungkin merasa bahagia ketika melihat aku terluka.

 

Advertisement

“Ada yang datang membawa senyum tetapi di belakangku mereka menjatuhkan. Ada yang mengaku teman tetapi diam-diam menjadi orang yang paling ingin melihatku hancur,” katanya.

Bagaimanapun, Aisar menegaskan setiap dugaan tidak akan membuatkannya berputus asa, sebaliknya bertekad untuk kembali bangkit tanpa menyimpan hasrat membalas perbuatan sesiapa.

“Terluka bukan bererti kalah. Aku mungkin boleh dipatahkan tetapi akan selalu mencari cara untuk bangkit kembali.

“Kalian boleh berharap aku jatuh tetapi jangan pernah berharap aku menyerah,” ujarnya.

Pada masa sama, Aisar percaya masih ramai masyarakat Indonesia yang menerima kehadirannya dan menegaskan tujuannya berada di negara tersebut adalah untuk berkongsi kebahagiaan.

“Ribuan orang membenciku tetapi aku percaya jutaan manusia di Indonesia senang dengan kehadiran diriku.

“Aku cuma seorang anak dari negara Malaysia ingin berkongsi kebahagiaan di Indonesia. Bismillah, aku kuat,” katanya.

Terdahulu, Aisar dilaporkan kepada pihak polis Indonesia berhubung dakwaan penipuan membabitkan nilai sekitar 5.7 bilion rupiah (RM1.3 juta).

Menurut laporan Tribunnews.com, aduan tersebut dikemukakan kepada Kepolisian Daerah Metropolitan Jakarta Raya (Polda Metro Jaya) selepas Aisar didakwa tidak memberikan maklum balas terhadap tiga notis tuntutan yang dihantar kepadanya.

Syarikat terbabit turut mendakwa terdapat beberapa tanggungjawab dalam perjanjian yang masih belum dilaksanakan sepenuhnya termasuk kehadiran Aisar dalam acara tertentu secara bersemuka.

Susulan laporan tersebut, pihak berkuasa Indonesia dijangka menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada terdapat unsur jenayah dalam pertikaian berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement