Skip to main content

Hiburan

Mimi Lana Tak Gemar...

Mimi Lana Tak Gemar...

Sekilas

  • Mimi Lana mengakui dia kuat makan dan sangat gemar nasi walaupun makan dalam portion kecil tetapi kerap.
  • Sejak kecil, Mimi lebih suka lauk kering dan kurang gemar makanan manis seperti ais krim dan pencuci mulut.
  • Dia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa buat pemeriksaan kesihatan termasuk ujian darah untuk mengetahui keperluan badan masing-masing.
Advertisement

Meskipun mempunyai bentuk bandan yang ideal, pelakon Mimi Lana mendedahkan dia sebenarnya merupakan seorang yang kuat makan dan sangat menggemari nasi.

Menurut Mimi, dia mempunyai tabiat untuk makan beberapa kali dalam jumlah yang sedikit berbanding mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa.

Advertisement

“Kalau korang nak tahu, saya makan banyak sebenarnya. Saya suka nasiiii!

“Portion saya mungkin kecil, tapi saya makan berulang-ulang kali,” katanya.

Pada masa sama, Mimi mengakui sejak kecil dia sudah terbiasa menikmati makanan dengan lauk yang kering dan kurang gemar makanan yang manis.

“Semua lauk saya kering-kering. Dah terbiasa dari kecil.

“Tapi memang dari kecil saya tak berapa makan ais krim, dessert atau apa-apa yang manis!

“Saya tak suka benda manis. Dapat rasa satu sudu pun dah banyak bagi saya,” ujarnya.

Dalam pada berkongsi mengenai tabiat pemakanannya, Mimi turut mengingatkan orang ramai supaya lebih peka terhadap keperluan tubuh badan masing-masing.

Katanya, pemeriksaan kesihatan termasuk ujian darah penting bagi mengetahui keadaan serta apa yang diperlukan oleh badan.

“Yang penting selalu pergi buat blood test, supaya boleh tahu apa yang badan kita perlukan,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement