“Kahwin? Kami Ambil Keputusan Untuk…” - Dini Schatzmann Kongsi ‘Perjalanan’ Cintanya Bersama Janna Nick!
Hampir dua tahun menyulam cinta bersama Janna Nick, Pelakon Dini Schatzmann akui masih belum bersedia untuk membicarakan soal perkahwinan.
Menurut Dini, dia dan Janna sebaliknya mahu mengutamakan karier terlebih dahulu berbanding isu kahwin.
“Untuk soal kahwin ni kami melihat dan mengambil keputusan untuk mengutamakan karier dulu buat masa sekarang,” katanya.
Tambah Dini, isu perkahwinan juga dianggap sebagai satu perkara yang serius dan untuk menuju ke arah itu, ia memerlukan perancangan yang sangat rapi.
“Soal perancangan masa depan bersama adalah suatu yang sangat serius.
“Selain itu ia juga memerlukan perancangan yang rapi,” katanya kepada Gempak.
Untuk makluman, pelakon berusia 27 tahun itu mula mengenali Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, ketika sama-sama membintangi drama Bukan Cinta Aku.
Difahamkan hubungan antara mereka dikatakan mula serius sebagai pasangan kekasih sejak tahun 2019.
Sekadar info, nama Dini kini semakin meniti di bibir peminat apabila muncul dalam drama terbaru, Jiwa Yang Kau Puja.
Menerusi drama ini Dini Schatzmann bakal membawa watak sebagai Adri dan ia merupakan gandingan pertamanya dengan Uqasha Senrose.
Sejauh mana hebatnya drama ini, anda boleh saksikan di saluran Astro Ria (CH 104).
Drama Jiwa Yang Kau Puja disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.
Juga disajikan untuk tontonan online di aplikasi Astro Go dan secara On Demand.