Skip to main content

Berita Tempatan

Kahwin Usia 19 Tahun, Tegar Pilih Youtuber Sebagai Teman Hidup

teg.jpg

Penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, Tegar mengumumkan bahawa dia sudah berkahwin dengan wanita pilihannya, Sarah Sheilka yang merupakan seorang Youtuber.
 
Tegar, 19, berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya semalam.
 
"Minta doanya buat semua, semoga Tegar menjadi keluarga yang Samawa, amin @sarahsheilka," tulisnya ringkas.
 
Dalam posting tersebut, Tegar berkongsi sekeping foto dirinya mengenakan sut pengantin bersama isterinya yang berusia 23 tahun.
 

Must-Watch Video

Advertisement