Pelakon, Ruzana Ibrahim akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata perempuannya selepas selamat bersalin pada 27 Oktober lalu.

Lebih istimewa lagi, pada tanggal 13 November 2022 yang merupakan ulang tahun kelahirannya, Ruzana juga memilih untuk berkongsi nama puteri kesayangannya iaitu Kailani Kameela.

“Assalamualaikum, saya ingin memperkenalkan anak perempuan kami, Kailani Jameela pada hari yang cukup istimewa ini, 13 November.

“Dia dilahirkan pada 27 Oktober 2022 dan berkongsi zodiak yang sama seperti mamanya, my little Scorpio.

“Sambutan tahun ini sudah semestinya agak berlainan, walaupun di rumah dan menjalani proses berpantang, ini merupakan hari jadi pertama saya sebagai seorang ibu.

“Terima kasih kepada mereka yang memberikan masa untuk mengucapkan tahniah dan doa kepada kami. Saya sangat-sangat menghargainya,” coretnya.

A post shared by Ruzana Ibrahim (@ruzanaibrahim)

Dalam pada itu, di ruangan komen juga rakan selebriti turut memuji kecomelan Kailana Jameela.

Terdahulu, Ruzana dan suaminya, M. Fadhil Zakaria mendirikan rumah tangga pada 10 Mac 2018.

Selepas lima tahun melayari bahtera perkahwinan, Ruzana kemudiannya berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya Ogos lalu.

Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.