Malang buat sebuah keluarga apabila kesemua baju raya mereka ‘musnah’ dalam sekelip mata.

Paling mengejutkan, harga kesemua baju raya itu dikatakan mencecah RM20,000.

Perkara itu dikongsi seorang pemilik akaun Tiktok @farahwen menerusi video berdurasi 19 saat.

Menurut individu berkenaan, kesemua baju itu sebenarnya telah ditempah tiga bulan sebelum raya.

Jelasnya, mereka hanya sempat berswafoto tanpa mengambil gambar keluarga sambil menggayakan baju raya berkenaan.

Semuanya gara-gara satu kejadian malang apabila minyak daripada hidangan sate tertumpah atas kain baju raya.

“Tertumpah minyak sate atas kain sutera yang memang tak akan hilang.

“Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik,” katanya.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton sebanyak 1.8 juta kali.

Anda boleh lihat video perkongsian wanita berkenaan di bawah.

@farahwen Hari Raya yang paling menyedihkan ? #fyp ♬ suara asli - ?????_???????? - ????? ????????