Berita

Kajian Menunjukkan Kondom & Kit Ujian Kehamilan Laku Ketika PKP

gempak
Syafiqah Jalal
06/05/2020
05:24 MYT
Sponsor Banner
Kajian Menunjukkan Kondom & Kit Ujian Kehamilan Laku Ketika PKP
Satu kajian baru-baru ini menunjukan carian kondom dalam platform secara talian meningkat kira-kira 61 peratus dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Menurut laporan Astro Awani, selain kondom antara produk yang mencatatkan lonjakan dalam pencarian sejak PKP bermula adalah kit ujian kehamilan yang menyaksikan peningkatan sebanyak 79 peratus.
Penyedia perbandingan produk dan harga di Asia Tenggara, iPrice Group yang menjalankan kajian itu berpendapat rakyat Malaysia berkemungkinan memenuhi kebosanan terkurung di rumah dengan menghiburkan pasangan masing-masing.
"Pun begitu adalah sesuatu yang tidak hairan ketika penularan COVID-19 apabila carian ke atas produk kategori kesihatan seperti topeng muka dan hidung meningkat hampir 648 peratus," kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, perubahan dalam tingkah laku belian juga mula menunjukkan rakyat Malaysia sedang menyesuaikan diri kepada situasi kehidupan baharu apabila carian ke atas alat menggunting rambut untuk tujuan trimming menyaksikan peningkatan sehingga 17,652 peratus pada pertengahan bulan Mac.
Sementara itu, kenyataan itu menyebut PKP juga dilihat mengalakkan aktiviti sukan di dalam rumah apabila carian ke atas yoga mat dan tali skipping meningkat antara 1,016 peratus sehingga 5,528 peratus.
Hasil kajian juga menyaksikan peningkatan ke atas alat keperluan dapur seperti alat pembuat roti, air fryer dan ketuhar antara 1,058 peratus dan 7,587 peratus.
Kajian yang dijalankan dengan mengambil hampir satu juta pengunjung iPrice Malaysia itu dijalankan pada 18 Mac hingga 17 April lalu selepas melihat lanskap pembelian secara dalam talian memperlihatkan perubahan yang ketara.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024