Laman Utama
Kak KM Sporting, Tak Kisah Anak-Anak Nak Buat Apa Asalkan Tahu Batas - “Jagalah Muka Aku Sikit…”
Usahawan selebriti, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM mengakui dirinya merupakan seorang ibu yang sporting dan sentiasa memberi sokongan kepada minat anak-anak.
Menerusi temu bual video bersama majalah Nona baru-baru ini, Kak KM berkata, dia tidak kisah dengan kemahuan anak-anak asalkan tahu adab dan juga batas susila.
Advertisement
“Jadilah manusia yang berguna, jangan jadi budak pandai sahaja. Kena pandai beradab, kena tahu hormat orang, itu lebih penting.
“Kak KM memang sporting, takda masalah pun, korang (anak-anak) buatlah apa nak buat, tapi kena tahu adab, kena tahu batas.
“Jagalah muka aku ni sikit, orang dah kecam aku, kau jagalah muka aku,” tuturnya berseloroh.
Dalam pada itu, Kak KM turut bercerita mengenai ‘pesanan’ yang selalu diterima daripada ibunya, pelakon Normah Damanhuri.
“Bila kita tengok Kak KM macam ni, kita ingat Mak Normah tu macam sporting sangat. Padahal dia kuno, macam style orang dulu-dulu.
“Kita ingat dia ok, semuanya ok. Padahal semua benda dia nak tegur aku. Kejap lagi keluar apa-apa dengan Instagram, ‘sayang delete sayang’..” katanya.
Terdahulu, Kak KM sekali lagi menerima kecaman daripada netizen apabila videonya menari di sebuah acara viral di media sosial.
Must-Watch Video