Viral
"Kak Ogy Janji Bayar 16 Mei Tapi Dapat Surat Minta Tangguh Lagi" - Khir Rahman
Pengarah teater Korupsi Dewan Semandung, Khir Rahman menyatakan kekesalan terhadap tindakan penerbitnya, Fauziah Ahmad Daud yang sekali lagi memungkiri janji untuk membayar wang tertunggak sejak beberapa bulan lalu.
Kata Khir, Ogy mengambil pendekatan melantik syarikat guaman dan menghantar surat penyelesaian bayaran tertunggak yang dijadualkan pada 16 Mei lalu (Sabtu).
"Sejak hal ini menjadi viral, sekitar 8 Mei lepas, Kak Ogy, melalui sebuah syarikat peguam, Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir telah menghantar surat tawaran penyelesaian untuk bayaran kami yang masih tertunggak itu.
"Surat tawaran itu menyatakan bahawa ada di antara kami yang akan dibayar terus 100 peratus dan ada pula yang akan dibayar 50 peratus pada 16 Mei.
"Malangnya, dari syarikat guaman yang sama sehari sebelum 16 Mei, sampai lagi satu surat memberitahu pembayaran akan ditangguhkan.
"Ya ..ditangguhkan ke suatu tarikh yang tak dapat dipastikan lagi, bererti dimungkiri lagi.
"Cuma kali ni, belum pun sempat menandatangani kontrak tawaran baru, penangguhan pula yang diberitahu. Ini sangat mengecewakan," tulisnya menerusi akaun Twitter.
Khir difahamkan punca penangguhan itu disebabkan ketidakcukupan dana untuk membayar tenaga produksi yang terbabit.TERKINI : Pembayaran Teater 'Korupsi Dewan Semandung' :Sejak hal ini menjadi viral, sekitar 8hb May yg lepas, Kak Ogy, melalui sebuah syarikat peguam, Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir ..telah menghantar surat tawaran penyelesaian utk bayaran kami yg masih tertunggak itu ..— KEI RAMOSS (@KhirRahman) May 17, 2020
Justeru, Khir merayu kepada pelakon terbabit agar menjelaskan hutangnya dan menyelesaikan kemelut yang berlaku.
"Sila bayar hak kami...saya mohon!
"Mencari dana adalah sebelum melaksanakan satu-satu produksi, bukan sesudah.
"Jangan guna kes-kes begini untuk mohon simpati mengaut untung perniagaan. Kami ni bukan pihak yang menekan Kak Ogy sebaliknya kami yang tertekan dengan palsunya janji-janji Kak Ogy.
"Kami telah beri Kak Ogy kepercayaan sepenuhnya walaupun sebenarnya kami tak faham macam mana Kak Ogy nak bayar duit kami melalui promosi yang kurang dari 2 minggu dan hanya 3 malam persembahan.
"Kami telah jaga nama Kak Ogy, kami bersungguh-sungguh menghasilkan pementasan yang baik.
"Saya mohon agar Kak Ogy tunaikan amanah tanggungjawabnya sebagai penerbit. Saya doa agar kemelut ini segera selesai," tambah Khir lagi.
Selain Khir, penulis skrip teater berkenaan, Aloy Paradoks turut meluahkan kekesalannya terhadap situasi terbabit.
"Saya belum lagi menerima baki gaji saya dari Kakak Pelakon Hebat Fauziah Ahmad Daud.
"Jadi saya hanya berbaring sekarang, kerana apa, kerana Rasullullah berpesan; kalau marah dan sedang berdiri maka duduk. Jika duduk pun masih masih marah, baring. Jadi saya baring dulu," tulisnya.
Situasi mulai kecoh apabila pelakon dan kru produksi teater Korupsi Dewan Semandung mendakwa Ogy sengaja melarikan diri dan enggan membayar baki yang tertangguh.Saya belum lagi menerima baki gaji saya dari Kakak Pelakon Hebat Fauziah Ahmad Daud. Jadi saya hanya berbaring sekarang, kerana apa, kerana Rasullullah berpesan ; kalau marah dan sedang berdiri maka duduk. Jika duduk pun masih masih marah, baring. Jadi saya baring dulu.— aloy paradoks (@aloyparadoks) May 17, 2020
Namun, Ogy tampil membalas kenyataan itu dengan memberitahu dia sedang berusaha untuk mencari dana bagi menyelesaikan hutang tersebut.
Must-Watch Video