Kakak kepada Umisya Mazlan iaitu Nadia Mazlan tampil mempertahankan adiknya yang dikatakan turut menjadi model sebuah jenama tempatan bersama madunya, Marissa Dania Hakim dan suami mereka, Ahmad Aslam.

BERITA TRENDING: Marissa Dania Tampil Jadi Model Baju Raya Bersama Aslam, Siap Manja-Manja Pakaikan Butang Baju Melayu…

Menerusi laman Instastory, Nadia mempersoalkan tindakan jenama tersebut yang memuat naik video tersebut tanpa memikirkan perasaan adiknya.

Nadia turut menjelaskan, Umisya tidak tahu menahu mengenai kehadiran Marissa yang turut menjadi model untuk jenama tersebut.

“Saya pasti kamu semua ada perasaan, ada hati, common sense, akhlak, dan ambil peduli tentang perasaan orang lain. Untuk pengetahuan, Misya memang tak tahu langsung yang waktu shoot produk tu, perempuan ini juga shoot produk yang sama.

“Dan Bila dah sampai tempat casting baru tahu… pada masa tu juga telah diberitahu jangan post benda-benda yang boleh melibatkan mereka berdua which means Misya dan perempuan ini.

“Saya kakak kepada Umisya. Saya komen ni sebab saya perlu pertahankan adik saya. Jangan jadikan bahan ni sebagai marketing kalian. TOLONG JADI MANUSIA YANG PUNYA IHSAN TERHADAP MANUSIA LAIN,” tegasnya.

Dalam pada itu, Nadia turut meminta pihak jenama tersebut bertaubat dan memohon maaf kepada Umisya kerana menjadikan anaknya sebagai konten untuk menaikkan nama produk itu.

“Bertaubat dan minta maaf pada Qumisyamazlan kerana mungkin dalam keasyikan, kerasukan dan kesungguhan untuk menaikkan produk jenama kalian, sampai melukakan hati manusia yang sememangnya sudah lama terluka.

“Sebaik baik manusia, adalah manusia yang berbuat kebaikan pada manusia lain . Tolong!Biarlah semua orang bercakap buruk pada dia @umisyamazlan, tapi kami kakak-kakak akan selalu pertahankan adik kami.

“Sebab mak selalu pesan, jaga adik kau dan tengok-tengokkan adik kau, kalau mak dah tak ada dalam dunia ni, jangan kau lupa pesan mak,” ujarnya.

Nadia turut berkongsi paparan skrin komen netizen yang juga menjelaskan Umisya hanya mengetahui perkara itu selepas jenama itu memuat naik foto Marissa di laman sosialnya.

“Masa Umisya shoot tu dua orang tu ada. Umisya tahu Iepas dah habis shoot baru brand ni up gambar si M. Umisya kalau tahu dia maybe takkan ambik job ni. Sebab ada brand besar satu lagi dia tolak Sebab ada si M,” tulis individui tu.