Sutradara terkenal Michael Ang memberikan amaran kepada usahawan sensasi Iqbal Zulkefli agar tidak mengheret namanya dalam drama marketing seperti yang sedang tular ini.

BACA: Kaya Tak Pakai Kereta Mewah, Michael Ang Kata Propa! Iqbal; "Hormat Saya Budak Suara Pondan Kepit"

Tegas Michael, dia tidak kisah atau cemburu dengan kekayaan yang dipunyai Iqbal dan menasihati agar mencari individu lain untuk menumpang viral.

"Shut up! Ada aku kisah kereta kau sejuta ke RM20,000. Kereta RM3 juta pun aku tak kisah atau cemburu! Tapi jangan heret nama aku untuk marketing sampah ini semua.

"Satu dah diam, kau cari aku pula buat modal kau? Macam inilah, nak tayang kereta kat muka aku silakan sebab memang boleh sewa kereta itu.

"Sama juga beli jam beratus ribu suruh siap balut semua tapi yang beli cuma satu je. Propa macam ni orang akan bercakap ya.

"Satu nasihat, orang akan bercakap ya. The truth will be told! Simpan propa dan kebodohan itu. Pergi cari orang lain untuk viralkan diri sendiri," kata Michael.



Michael juga menegaskan perbualan mengenai Iqbal hanya pernah dibincangkan sekali sahaja menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini.

"Kau dah parah ni. Are you delusional ker apa? Baik pergi jumpa doktor sakit jiwa! Or you are just playing dumb?

"Berhari aku cakap pasal kau? Kau duduk bumi mana eh? Kau memang kaki belitlah! Aku cakap pasal kau sekali je, masa live dengan Datuk Vida! Berpenyakit rupanya kau ni!" kata Michael lagi.

Sehubungan itu, maklum Iqbal selain menghormati Micheal, dia tampil bersuara bagi mempertahankan diri setelah beberapa hari namanya disebut-sebut.

"Bertahun-tahun saya simpan nombor Mr. Ang jika suatu hari saya mahu terbitkan filem, tetapi Mr. Ang telah melontarkan fitnah terhadap saya.

"Kata suara saya kepit macam pondan pencen," jawabnya.

Iqbal juga dalam masa sama bersedia untuk menunjukkan semakan pendaftaran kenderaan mewah yang dimilikinya sebagai bukti dirinya mampu.

"Nanti boleh semak JPJ nombor plat kereta Mercedes RM1 juta itu atas nama siapa ya. Saya tidak pernah tayang kerana saya juga punya privasi.

"Seperti Michael katakan, jam fake yang saya pakai itu adakah palsu atau original, boleh semak," tambahnya lagi.

Kecoh sejak semalam apabila Michael tampil mengadakan sesi siaran langsung bersama Datuk Seri Vida mengulas semula mengenai 'drama marketing' terjah rumah Iqbal seawal 3 pagi dan aksi-aksi tidak logik yang sengaja dirancang untuk tujuan meraih perhatian dan viral.


***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!