,
Laman Utama

Kaki Karok Memang Patut Tonton Karaoke Superstar, Confirm Menggamit Kalbu! Ada Zamani, Nash, Ameng Spring, Rahmat Mega

Mya Amri
17/05/2022
12:52 MYT
Astro Ria kembali dengan program realiti nyanyian baharu berjudul Karaoke Superstar.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, Karaoke Superstar memberi peluang kepada peminat untuk bertemu dengan artis kegemaran mereka dan menyanyi bersama.
“Inspirasi program ini terhasil daripada para peminat setia yang minat berkaraoke dengan artis-artis kesayangan mereka.
“Jadi kami ingin mendekatkan mereka dan semua daripada kelab peminat untuk bekerjasama menyokong dan membantu artis kegemaran mereka dengan cara yang lebih menyeronokkan.
“Penyanyi yang muncul dalam program ini juga tidak akan menyanyikan lagu mereka sendiri, malah nyanyian mereka dengan lagu-lagu karaoke ini adalah eksklusif dalam rancangan ini.
“Bukan itu sahaja, program ini adalah sebagai satu penghargaan kepada artis-artis yang terbabit dengan lagu-lagu evergreen mereka yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai di karaoke.
“Konsep asal yang kami ingin tekankan adalah untuk mendekatkan artis dan peminat dengan cara yang lebih santai.
“Salah satu keunikan program ini adalah cabaran nyanyian artis itu bersama peminat dalam mengumpul markah daripada juri-juri. Kami rasa ini adalah aktiviti yang setiap peminat inginkan.
“Selain itu, kami juga berbesar hati dengan kerjasama di antara Datuk Aznil Hj. Nawawi dan Ain Edruce sebagai hos utama program ini kerana keserasian mereka.
“Kami berharap program ini mampu memberi keseronokan kepada semua penonton seperti mana mereka menikmati program-program nyanyian kami yang sebelumnya seperti Big Stage dan Gegar Vaganza.
“Kami juga berharap program ini dapat membawa kembali kehangatan artis-artis yang kita gemar dahulunya dengan perwatakan dan bakat mereka yang terkini, juga memberi peluang kepada penonton untuk menyokong kerjaya mereka yang baharu,” jelasnya.
Karaoke Superstar menampilkan juri tetal atau digelar sebagai Ratu Karok iaitu Erra Fazira, Mas Idayu bersama seorang juri jemputan setiap minggu.
Setiap juri akan memberikan markah per seratus kepada mereka dengan pecahan markah vokal atau tempo (40%), persembahan (40%), personaliti (10%) dan bakat spontan mereka (10%) dalam setiap segmen untuk meraih gelaran pemenang pada minggu tersebut.
Antara artis yang terlibat adalah Zamani, Wany Hasrita, Tomok, Adira Suhaimi, Tajul, Amira Othman, Ezad Lazim, Ramlah Ram, Ameng Spring, Datin Alyah, Rahmad Mega, Ara Johari, Syamel, Liza Hanim, Muss, Amelina, Datuk Nash, Aina Abdul, Black Hanafiah dan Jaclyn Victor.
Karaoke Superstar akan bersiaran bermula 5 Jun, setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksible, Karaoke Superstar juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria

gempak
23/04/2024
08:59 MYT
Naim Daniel tarik diri...
Laman Utama

“Satu Mummy Tak Berapa Suka, Kau Hantu Tu Kau Tunjuk Aku Tau” - Mas Idayu Komen Siapa Tu

gempak
26/06/2022
08:48 MYT
Okay nervous!
Laman Utama

Adira Suhaimi Menyanyi Teruk, Tomok Ada Aura? – Mas Idayu

gempak
18/06/2022
05:04 MYT
Alamak komen Mas Idayu!
Laman Utama

“Ya Allah Perangai Betul” - Wajah Epik Gelak Nampak Sedih Wany Hasrita Lawak Betul, Macam Filter TikTok

gempak
06/06/2022
13:45 MYT
Muka sedih sambil senyum ori ni guys hahah.
Laman Utama

Ini Lima Perangai Kaki Karok, Korang Yang Jenis Mana Satu?

gempak
05/06/2022
09:00 MYT
Korang yang mana satu tu hehehe.