Laman Utama

Kalah Artis Baharu! Usia Dah 68 Tahun Pun Tapi Jalaluddin Hassan Masih Laris Sebagai Duta

gempak
Izwan Isa
05/10/2022
09:20 MYT
Sponsor Banner
Kalah Artis Baharu! Usia Dah 68 Tahun Pun Tapi Jalaluddin Hassan Masih Laris Sebagai Duta

Siapa sangka, sungguhpun usia telah mencecah 68 tahun, namun pelakon Datuk Jalaluddin Hassan masih laris serta menjadi pilihan sebagai duta untuk produk dan perkhidmatan.

Memegang portfolio sebagai wakil jenama tempatan dan antarabangsa seperti beras Jasmine, Gintell, agensi kewangan swasta CSA Academy dan jenama perabot mewah, Jalaluddin berkata, pendapatannya sebagai duta jauh lebih tinggi berbanding pelakon.
“Jujurnya, pendapatan sebagai duta produk dan perkhidmatan jauh lebih lumayan kalau nak bandingkan dengan kerja-kerja bidang lakonan,” katanya kepada Gempak.
Pelakon berbakat besar itu berkata demikian ketika ditemui pada pada majlis penyampaian hadiah kempen Best Products ke-26 di ibu kota baru-baru ini.
Jalaluddin menambah, dia sendiri tidak tahu kenapa namanya masih lagi menjadi pilihan perniagaan-perniagaan besar untuk bergelar duta.
“Sebenarnya saya sendiri tak tahu kenapa masih menjadi pilihan jenama-jenama besar untuk mewakili perniagaan mereka. Mungkin saya ni jenis lebih kurang, dan tak pernah fikirkan soal bayaran.
“Barangkali Allah balas dengan cara sebegini,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Jalaluddin turut berkongsi yang khidmatnya sebagai duta sebuah jenama pernah tidak diperlukan lagi selepas berbelas tahun bekerjasama.
“Tahun lalu, khidmat saya sudah tidak diperlukan lagi untuk satu produk ini. Sudah berbelas tahun saya dengan mereka, tetapi disebabkan perubahan pengurusan syarikat, nama saya digugurkan.
“Tapi tahun ini, mereka hubungi saya semula dan tawarkan kontrak selama tiga tahun. Alasannya, pelanggan mereka mencari produk yang ada wajah saya padanya,” ujar Jalaluddin lagi.
Berbicara mengenai khidmatnya sebagai duta Best Products, Jalaluddin berkata: “Sejak tujuh tahun yang lalu, saya terlibat menyampaikan sendiri hadiah termasuk hadiah utama bernilai sehingga RM300,000.
“Saya sendiri berasa seronok apabila pemenang merupakan peminat saya dan cukup terharu dengan kejayaan mereka,” ujar Jalaluddin yang dilantik oleh Home Direct Shopping sebagai duta Best Product sejak 2015.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024