Laman Utama
“Kalau 2 Orang Alhamdulilah…”- Maryam Kimchi Mahu Tambah Anak, Siap Pesan Ryzal…
Pempengaruh yang dikenali sebagai Maryam Kimchi merancang untuk menambah cahaya mata pada tahun ini.
Maryam yang berasal dari Korea itu berhajat untuk menambah seorang lagi dan lebih gembira jika ia kembar.
“Selamat tahun baru semua, semoga tahun ini Rina (satu-satu anaknya) dapat adik seorang lagi. Kalau dua orang alhamdulillah.
“Semoga berjaya Ryzal (suaminya),” katanya berseloroh.
Maryam berkongsi perancangannya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia berkongsi foto bersama puterinya yang baru berusia setahun.
Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang memberikan pelbagai reaksi termasuk ramai yang menyangka IG miliknya digodam.
“Hebat Maryam buat caption macam ni. selalunya lelaki buat caption gini. ke Rzal hacked ni,” suspek salah seorang pengikutnya.
“Semoga berjaya..ayat dia..,” komen salah seorang netizen yang terhibur.
“Insya-Allah dapat baby boy muka macam Maryam,” kata salah seorang warga maya.
Terdahulu Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing di Korea Selatan.
Pasangan suami isteri itu kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di Malaysia sekitar September 2020.
Must-Watch Video