"Kalau dua tahun lepas, Lofa buat macam ni, mungkin susah, mungkin tidak akan berjaya, mungkin lebih banyak cabaran," ujar pelakon , pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa yang baru sahaja menandatangi kontrak bersama sebuah agensi model dan bakat antarabangsa, Established Models di London.
Kata Noor Neelofa Mohd Noor, 29, berhijab bukan alasan untuk beliau menyekat dirinya ‘terbang’ lebih tinggi dalam dunia yang diminatinya.
Apatahlah lagi, ini merupakan impiannya yang telah dirancang sejak tahun lalu.
“Sekarang, banyak benda yang sudah berubah. Kita tengok ramai ramai model berhijab yang dah break the stereotype, ramai yang sudah ke pentas peragaan, sudah jadi cover magazine, buat high end fashion, it’s all about diversity,” jelas Neelofa.
Jelasnya, dia bercita-cita untuk mengembangkan kariernya ke peringkat antarabangsa sejak tahun lalu, dan atas dorongan keluarga dan rakan-rakannya, beliau berjaya mencapai impiannya itu.
“Apa yang penting adalah memasang impiannya dahulu, lepas tu yang lain kena letak jigsaw puzzle dengan usaha-usaha kita, kena cari jalan, jangan putus asa, dan kombinasi ini sangat menarik bila ia bersama,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, pengacara MeleTop ini berkata, beliau masih bertapak di Kuala Lumpur walau sesibuk manapun di UK khususnya London, dia akan pulang ke Malaysia.
Tambahnya, tahun depan merupakan tahun yang mengujakan buat Neelofar Hijab.
Neelofa harus sentiasa ada untuk syarikat dan perlu bekerja lebih keras dan harus membahagikan waktu sebaiknya – karier di Eropah, karier di Malaysia dan perniagaan di Malaysia.
“Impian saya adalah bila saya boleh jual nama saya di pentas antarabangsa, pada masa sama saya nak buat brand saya pun boleh bergerak kearah yang sama.
"Sebab tu saya terpaksa struktur semula syarikat - the internal thing and everything. Insya-Allah bulan depan kita dan separuh ada pasukan baharu untuk Neelofar Hijab supaya kedua-dua ini, Neelofa dan Neelofar Hijab saya boleh bawa bersama-sama," katanya.
Sumber: Astro Awani
Kamaruddin Razal
Mon Dec 17 2018
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.