Kalau Aku Dah Muntah Bau Busuk” - Netizen Kagum Betapa Gigihnya Wanita Ini Selongkar Barang Kemas Dalam ‘Lautan’ Sampah!
Biarpun terpaksa menghidu bau busuk sampah sarap, namun ia sedikit pun tidak menghalang seorang wanita untuk mencari barang kemas miliknya.
Video wanita berusia 30-an yang sedang menyelongkar sampah itu tular di media sosial sejak semalam.
Pada masa sama, dia juga dibantu oleh beberapa pekerja syarikat konsesi pembersihan, Environment Idaman (E-Idaman) untuk menurunkan sampah daripada sebuah lori.
Selepas beberapa ketika, wanita berkenaan akhirnya berjaya menemui semula barangan berharga itu dalam timbunan plastik sampah.
Difahamkan, harga barangan kemas dikatakan bernilai puluhan ribu ringgit.
Sementara itu, menerusi ruang komen, rata-ratanya kagum dengan semangat kental wanita tersebut.
“Busuk pun tak apa, janji jumpa, mahal kot emas sekarang”
“Weh kagum ya tengok semangat kental akak ni”
“Kalau aku dah muntah duk bau sampah,” tulis beberapa netizen.
Anda boleh lihat video yang viral berkenaan di bawah.