Laman Utama

“Kalau Aku Putus Kau Dapat Apa? Tak Suka Jangan Tengok” – Isa, Risteena Bidas Komen Netizen

gempak
Mya Amri
09/08/2020
14:07 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Aku Putus Kau Dapat Apa? Tak Suka Jangan Tengok” – Isa, Risteena Bidas Komen Netizen
Pelakon Isa Khan menjawab komen netizen yang mendoakan perkara negatif terhadap hubungan bersama tunangnya, Risteena Munim.
Isa membidas komen tersebut menerusi segmen Lancang Bethol yang dimuat naik di IGTV Gempak.
Menurut Isa, dia tidak memahami sikap sesetengah netizen yang tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain.
“Kau nak apa? Aku putus kau dapat apa? Kalau aku tak putus pun kau dapat apa?
“Saya bukan cuba untuk menjadi romantik, saya ambil berat dekat seseorang dan saya nak tunjuk dekat dia yang saya ambil berat tentang dia.
“Untuk raihkan perhatian? Bukan saya dapat apa-apa pun. Tak ada keuntungan pun untuk saya benda itu.
“Pendapat daripada orang yang saya tak kenal tu, maaf saya tak pedulikan semua itu. Untuk seseorang yang saya tidak kenal itu muncul dan tiba-tiba nak ajar saya itu ini, lebih baik ajar diri sendiri terlebih dahulu,” katanya tegas.
Dalam pada itu, Risteena juga bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Isa.
“Isa Khan kat dalam sosial media atau dekat luar, dia memang seorang yang romantik, sweet dan penyayang.
“Jadi rasanya tak salah untuk buat kejutan pada pasangan. Asalkan jangan buat benda bukan-bukan sudahlah.
“Dia hanya mahu berkongsi kegembiraan bersama pengikut sosial media tentang apa yang kami buat. Itu bukan acah-acah ya itu betul-betul.
“Mungkin korang tak dapat rasa benda tu, saya bersyukur ada pasangan yang begini. Kalau tak suka jangan tengok,” katanya.
Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 dan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
Terdahulu, Risteena telah menerima sebuah kereta mewah jenis Audi dengan plat pendaftaran khas dan stiker bercetak Isa X Ris sempena ulangtahun perkenalan mereka sekitar Jun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live