Laman Utama

"Kalau Allah Dah Decide Untuk Tamat, Aku Takkan Ingkar" - Fynn Jamal

gempak
Asraf Aided
06/12/2021
09:40 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Allah Dah Decide Untuk Tamat, Aku Takkan Ingkar" - Fynn Jamal
Bekas penyanyi, Fynn Jamal akui akaun Instagram miliknya sering mendapat amaran gara-gara dikatakan menggalakkan kebencian.
Menurut Fynn, dia sentiasa memilih untuk bersikap terbuka dan selalu menulis tentang perkara yang tidak dipersetujui di Instagram.
Malah yang terbaru, perkongsiannya berkaitan isu ibu hamil tanpa nikah yang dinamakan sebagai 'biomom' dipadam oleh platform media sosial berkenaan.
"Terima kasih untuk yang report seraya membuktikan kemungkaran selayaknya diraikan.
"Kitorang yang kena scam, kitorang yang kena tuduh menjahat. Banyak kali akaun aku dapat warning sebab aku dikatakan promoting hatred. Sebab aku tak bersetuju dengan hal-hal haram, dan aku menulis terbuka tentangnya.
"Ini bukan kali pertama, takpa sekurang-kurangnya aku dah lepaskan bahagian aku," coretnya.
Dalam pada itu, Fynn juga menerima sekiranya akaun Instagramnya tiba-tiba hilang meskipun jauh di dasar hati, dia masih belum bersedia.
"Seandainya akaun aku tiba-tiba lesap, ternyata sudah sampai masanya untuk aku kabut bersama asap.
"Walau aku selalu cakap aku nak menghilang, deep inside aku suka jadi mak dan kakak korang.
"Aku rasa belum masa lagi, tapi kalau Allah dah decide untuk tamat, aku takkan ingkar untuk akui," kongsinya lagi.
Perkongsian itu mendapat respon berbeza daripada para pengikut Fynn, ramai juga yang bersetuju dengan pendapatnya.
Sekadar info, Fynn sering membantu golongan ibu hamil anak tanpa nikah, salah satunya dengan mendapatkan keluarga angkat (untuk bayi terlibat) sejak hampir 20 tahun.
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live