Laman Utama
“Kalau Bahaya, Kenapa Bagi Masuk…”- Caprice Tampil Backup Ebit Lew
Selepas pendakwah bebas, Ebit Lew berjaya membawa sekumpulan orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam, Malaysia dikejutkan dengan luahan hati dermawan tersebut yang bersedih apabila misi bantuan di Semporna terpaksa dibatalkan secara tiba-tiba.
Ia mendapat perhatian serta pelbagai reaksi netizen yang mula membuat pebagai andaian dan dalam masa yang sama turut bersimpati dengan nasib Ebit Lew.
Terbaharu penyanyi rap, Caprice turut meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku ke atas pendakwah tersebut dan cuba menyampaikan hujahnya.
“Kalau betul lah tempat tu bahaya, tak boleh masuk, dan boleh kene denda…kenapa pihak berkuasa tak bagi tahu dia awal-awal?
“Dari awal ustaz (Ebit Lew) dapat escort, tiba-tiba dapat news tak boleh masuk dan boleh kene denda,” katanya.
Caprice meluahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Caprice mengulas panjang lebar menerusi sebuah video yang dimuat naik.
Caprice meluahkan rasa kesal dan menyifatkan dunia ini semakin pelik kerana ‘misi bantuan’ turut menjadi pertikaian individu tertentu padahal ia merupakan satu tindakan yang baik.
“Dunia ni makin pelik, kalau tak tolong salah, kalau tolong pun boleh jadi salah. Saya tak tahu yang membantu orang lain memeluk Islam adalah bertentangan dengan undang-undang.
“Bagi Caprice, bukan dia paksa pun. Kalau orang tengok Ebit Lew dan dia sendiri nak peluk Islam, terpulanglah dan Alhamdulillah,”
Dalam pada itu, dia turut membuat spekulasi bahawa isu berkenaan mungkin mempunyai kaitan dengan politik.
“Banyak pemimpin kita akan turun padang terutamanya waktu pilihanraya untuk bagi sumbangan supaya rakyat undi mereka. Cuma beza sikitlah Ustaz Ebit Lew turun padang bantu rakyat demi ummah.
“Caprice harap dan doa, satu hari nanti Ustaz Ebit Lew sama-sama masuk dewan rakyat kita pula kasi gegar dewan rakyat demi ummah dan negara kita,” luahnya lagi.
Pada Ahad lalu, Ebit berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam.
Must-Watch Video