Model dan pelakon Ahya Rosli mempertikaikan tindakan segelintir artis yang boleh mencium pasangan pelakon wanita yang berlakon sebagai isteri untuk disiarkan di kaca televisyen.

Hal sebaliknya pula terjadi kepadanya apabila dia mendapat kecaman umum apabila memaparkan foto bercium dengan isteri terang-terangan di Instagram baru-baru ini.

"Kalau berlakon dalam televisyen boleh cium perempuan yang berlakon jadi isteri tu, tapi kalau cium isteri yang betul tak boleh letak dalam instagram.

"Dia kata Islam tak ajar... pakai otak la nyet sebelum cakap dengan aku," tulis anak dramatis Normah Damanhuri itu.

Kalau berlakon dalam tv boleh cium perempuan yang berlakon jadi isteri tu , tapi kalau cium isteri yang betul tak boleh letak dalam instagram.. dia kata islam tak ajar.. pakai otak la nyet sebelum cakap ngan aku ??? #ciumisteripunnakviral #bagaltakdekerja #netizenjugakbest #iloveyounetizen what a great morning ???? @slimbellyofficial

A post shared by Ahya U. Rosli (@ahyaurosli) on


Dalam entri sama Ahya turut memuat naik paparan skrin sepotong artikel yang menjelaskan tentang perihal bercumbu antara suami isteri.

Terdahulu, Ahya telah memuat naik sekeping foto bercium mulut dengan isterinya, Shahirah Sanusi di Instagram baru-baru ini sebelum memadamkan foto terbabit selepas mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Bagaimanapun tindakan Ahya itu masih mendapat kritikan netizen yang menasihatinya untuk tidak memaparkan aksi sedemikian untuk tatapan khalayak umum.

Ahya dan Shahirah telah mendirikan rumah tangga pada Mac lalu selepas bertunang pada November 2018.