Berita
"Kalau Berotot Takpelah Juga, Ni Bulu Je Lebih"- Netizen Kritik Adam Lee, Tapi Ini Jawapan Sweet Qismina...
Pelakon Sweet Qismina memuat naik sekeping foto yang memaparkan kekasih hatinya, pelakon Adam Lee yang mengenakan seluar pendek sehingga menampakkan bahagian pahanya yang berbulu di Instagram.
Bagaimanapun, foto tersebut mengundang perhatian netizen yang menyifatkan tindakan Adam seolah-olah sengaja menyinsing ke atas seluar sukan tersebut bagi menunjukkan otot kakinya.
"Singkatkan seluar kaki kalau berotot takpe lah juga, ni bulu je lebih," tulis komen salah seorang netizen di ruangan komen.
Bagaimanapun, status itu kemudian mendapat maklum balas Sweet apabila mendakwa dirinya memang gemar lelaki berbulu.
"Tak apa saya suka," balasnya.
Komen balas Sweet tersebut kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang terhibur dengan jawapan yang diberikan.
"Hahaha, respons yang terbaik.
"Savage!.
"Itulah, saya pun nak ada bululah, nak ada di tapak kaki.
"Aku dengar orang yang berbulu ni lagi kacak, ramai perempuan terpikat," komen sebahagian netizen.
Terdahulu, Sweet memuat naik gambar dirinya yang turun ke padang bola sepak memberikan sokongan buat Adam yang menyertai perlawanan.
"Abang futsal masuk padang, tetapi masih hebat. Selalu fokus tengok bola masa saya mengacarakan Planet Bola, tapi semalam fokus tengok dia je," tulis Sweet.
Must-Watch Video