Bintang Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Mus menyifatkan penyertaanya dalam pertandingan itu atas tujuan mencari rezeki.

Jelas Mus, situasi itu dilihatnya secara realistik tanpa mengambil kira pandangan netizen bahawa artis berstatus legenda sepertinya tidak seharusnya menyertai GV.

"Macam biasa ramai yang akan pertikai kenapa taraf 'lejen' kena masuk pertandingan.

"Kita berbalik ke realiti dan hakikat kehidupan. Tujuan utama nak cari rezeki.

"Tak ada terfikir nak bertanding pun. Saya setkan macam setiap minggu ada show jer.

"Menang kalah tolak tepi dulu. Yang penting saya boleh ke tidak deliver dengan baik," jelasnya.

Tambah Mus, pembabitannya dalam GV7 untuk melebarkan lanskap muziknya keluar dari kelompok rock semata-mata.

"Saya nak cuba genre muzik lain. Sudah 34 tahun dalam kelompok genre rock dah senja-senja ni nak cuba juga genre muzik lain.

"Hakikatnya tetap dinamakan muzik," katanya.

Mus menasihati wargamaya agar berhenti mempertikaikan kelayakan artis 'lejen' dalam pertandingan.

"Sudah-sudahlah tu buat forum ini tak boleh itu tak boleh. Kalau yang cakap tak layak atau tak boleh masuk bertanding tu.

"Kalau boleh bagi saya RM10,000 sebulan saya akan duduk diam kat rumah," katanya.

Selain Mus, GV7 turut disertai Noraniza Idris, Yantzen, Ayu Damit, Kumpulan Eva dan Indigo.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.