Jodoh datang tanpa diduga, itulah yang boleh disimpulkan mengenai perkahwinan adik kepada pelakon Linda Hashim, Mohd Firdaus.

Siapa sangka jodoh Firdaus rupanya orang paling terdekat dalam keluarga mereka iaitu sepupu kepada suami Linda, pelakon Beego, Nurul Syuhada.

Berita baik mengenai perkahwinan pasangan Firdaus dan Syuhada itu dikongsi menerusi akaun Instagram Linda baru-baru ini.

“Bismillahirahmanirahim.... Pada tanggal 7 Nov adik saya MOHD FIRDAUS HASHIM dan isteri SITI NURUL SYUHADA (adik saudara beego) selamat di ijab qabul.

“Mohon maaf kepada semua kenalan saudara mara, teman-teman kerana tidak dapat menjemput kesemua kerana kami mengikut SOP yang diberi,” tulisnya.

Posting itu juga turut disertakan dengan beberapa foto perkahwinan pasangan berkenaan.

Bismillahirahmanirahim....pada tanggal 7nov adik saya MOHD FIRDAUS HASHIM Dan isteri SITI NURUL SYUHADA (adik saudara beego) selamat di ijab qabul.mohon maaf kepada semua kenalan saudara mara teman2 kerana tidak dapat menjemput kesemua kerana kami mengikut SOP yg diberi..

A post shared by Linda Hashim (@lindabeego) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Linda dan keluarga.

“Sama cantik sama padan, tahniah buat kedua mempelai, semoga sentiasa bahagia hingga ke Jannah,” komen @cik_tonjb

“Alhamdulillah… Selamat pengantin baru @firdaus_hashim dan isteri. Semoga berkekalan hingga ke Jannah. Amin. Tahniah buat @lindabeego sekeluarga,” tulis @dendengemazols_johor

Terdahulu, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2013.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Jelita Clarissa, 5, Anggun Cassandra, 4 dan Indah Camella, 1.