Berita
“Kalau Dia Cari Perempuan Lain Tak Marah Sebab…”- Pesan Sharifah Shahirah Pada Suami
Pelakon Sharifah Shahirah akui suaminya, Ijoy lebih suka melihat isterinya keluar rumah dalam keadaan ‘buruk’ atau tidak bersiap.
Menurut Shahirah atau dikenali dengan Shiera, suaminya akan cemburu jika dia keluar dalam keadaan bersiap dan bersolek.
“Sapa nak bini cenghini? (fotonya tanpa solekan dan rambut tidak terurus)
“Laki aku lega bini cenggini. Kalau aku lawa... 10kali talipon susah nak kerja. Ada je dia cakap macam-macam.
“Kang laki tu kacau laa tu kacau laa...haa sekarang aman. Balik lambat pun ok dah.
“Dia cakap keluar buruk...balik rumah cantik macam JLO.
“Kat IG pun kena buruk..,” tulisnya.
Shiera berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menurut Shiera berseleroh, jika suatu hari nanti ditakdirkan suaminya cuba mencari wanita lain, dia mungkin tidak terkilan.
“Kalau dia cari pompuan lain tak marah sebab kita buruk..kalau kita cantik macam miss universe ada pompuan lain lagi sedih.
“Tapi nak lagi sedih kalau tau dia ada laki lain..lalalalala,” katanya lagi.
Shiera dan Ijoy mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
\
Must-Watch Video