Laman Utama
"Kalau Halal & Sedap, Orang Akan Repeat Order" - Rasa Rosz Lancar Pes Ratu Tumis, Boleh Masak 400 Resepi
Rasa Rosz Sdn. Bhd. hari ini melancarkan empat (4) jenis pes Ratu Tumis. Pes-pes tersebut adalah pes Ratu Tumis Sambal, gulai, sup dan asam pedas.
Dengan menggunakan empat pes Ratu Tumis anda boleh menghasilkan masakan dengan mudah, cepat dan versatile untuk pelbagai jenis juadah. Malah dengan empat pes Ratu Tumis mampu menghasilkan lebih 400 jenis resipi sedap dalam masa yang singkat.
Ratu Tumis menggunakan bahan asas yang berkualiti, tanpa bahan pengawet atau pewarna tiruan mahupun bahan pemekat (thickening agent) dan memiliki persijilan halal daripada JAKIM.
Ketua Pengarah Eksekutif dan pengasas Rasa Rosz Sdn. Bhd., Dato’ Sri Rozita Ramelan berkata, tujuan beliau mengeluarkan produk Ratu Pes ini bagi membantu mereka yang berkerjaya dan orang ramai menjana pendapatan.
“Dalam keadaan sekarang ini, saya pun terfikir juga, apa salahnya saya keluarkan produk dan kongsi segala pengetahuan pengalaman saya berniaga dan juga resipi-resipi daripada arwah moyang saya yang diterapkan di dalam pes Rasa Rosz.
“Saya juga sebenarnya nak membantu peniaga-peniaga kecil di luar sana. Kami juga buka tawaran untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen. Ejen yang kami anggap macam ahli keluarga Rasa Rosz ini secara peribadi akan diajar cara berniaga bagi menjana keuntungan sekecil-kecil daripada RM168 sebulan, sampailah ke RM40,000 sebulan,” katanya.
Tegasnya, untuk meniaga produk makanan tidak susah kerana jika sesuatu produk itu sedap dan halal, Insya-Allah pembeli akan ulang membeli lagi.
“Produk makanan ni kalau dah halal, sedap orang akan repeat order dan tidak susah untuk menjual. Pes-pes ini boleh dimanipulasikan untuk pelbagai masakan, sebab itu kita namakan ia Ratu Tumis kerana ia merupakan bahan-bahan menumis.
“Kita punya flavor di Malaysia atau Asia ini selalunya kena ada masam iaitu asam pedas, sup yang penuh dengan halia dan bawang, pes gulai yang boleh dipelbagaikan dengan pelbagai masakan dan begitu juga dengan pes sambal,” terangnya.
Tambah Rozita lagi, bahan-bahan sedia ada yang terdapat dalam setiap pes itu memudahkan pengguna untuk memasak segera tanpa perlu memikirkan mencari ramuan untuk bahan memasak.
“Pes gulai ini boleh digunakan untuk buat kari ayam atau kambing, masak kurma, lontong dan segala masakan gulai. Dalam ini macam- macam rempah ratus ada seperti jintan manis, jintan putih, lada hitam, cili, bawang besar, bawang merah dan serai.
“Untuk pes sambal pula, kalau tak ada bahan lain hanya ada ikan bilis, campak saja pes ini dah boleh siap. Kalau rajin sikit, tiba-tiba nak buat ayam masak merah, boleh guna pes sambal ini juga. Begitu juga kalau nak masak sardin tin, guna saja pes asam pedas. Pes Ratu Tumis ini sememangnya dapat menjimatkan masa," katanya.
Pes Ratu Tumis kini boleh didapati di 41 outlet AEON di seluruh Malaysia. Pes ini juga turut boleh dibeli di Sogo,Shoppee dan Lazada. Selain Ratu Tumis, Rasa Rosz juga mengedarkan 50 produk Halal dari Thailand. Produk-produk tersebut antaranya Santan Ampawa, Thai Boy Tomyam Pes, bihun, green curry pes dan sos cili.
Selain mengetengahkan produk masakan Halal dan berkualiti di seluruh Malaysia, malah yang lebih membanggakan Dato’ Sri Rozita apabila produk Ratu Tumis keluaran syarikatnya turut mendapat pengiktirafan di Asia Halal Brand Awards 2019 bagi kategori Bahan Masakan Terbaik.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut layari Website www.rasarosz.com atau hubungi Ratu Tumis ditalian 0138082772. Untuk maklumat lanjut hubungi Rasa Rosz Sdn. Bhd., D4-G4-03 Publika, Solaris Dutamas,50480 Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur.
Must-Watch Video